Putrajaya Floria 2014 Mengenakan Bayaran?


Bismillah

Saya tak nak tunggu lama untuk hasilkan entri ni. Semalam saya berpeluang ke Putrajaya Floria 2014 di Presint 4. Kebetulan, saya ada hal lain di Alamanda pada jam 4.30 petang. Jadi sementara menunggu tu, saya pergilah ke Presint 4. 

Orang ramai
Tempat letak kereta jauh
Panas
Berdebu sebab berdekatan tempat letak kereta tu ada litar motorcross
Terpaksa berjalan jauh

Sebaik sampai di pintu masuk, saya lihat ramai pengunjung berkumpul di hadapannya. Rupanya ada kaunter jualan tiket. Dalam hati terus rasa nak menjerit:

"Kenapa tiba-tiba tahun ni ada bayaran masuk pulaaaaaaaaaaaak!"

Dewasa: RM3
Kanak-kanak: RM1

Memang saya kecewa sangat. Rasanya Floria ni dah ada sejak saya di tahun pertama pengajian ijazah lagi sebab saya masih ingat- Saya dan kawan-kawan ke Putrajaya untuk sudahkan soal selidik berkaitan dengan subjek Hubungan Etnik. Perasmi pula bukan calang-calang orang. Yang Dipertuan Agong Sultan Mizan (Agong masa tu). Masa tu kami boleh je berjalan keluar masuk dengan bebas. Pamerannya pun boleh dipuji. Memang nampak macam family event yang sangat ceria.

But now, everything is changed! Dah kenapa pula kena bayar? Memanglah RM3 dan RM1 tu nampak kecil kan. Tapi saya kesian tengok orang ramai yang datang satu keluarga besar. Ada yang sampai 7 orang dewasa dan 6 orang kanak-kanak. Takkanlah Perbadanan Putrajaya nak ambil profit juga dari event macam ni yang sebelumnya semua orang tahu yang ianya percuma? Paling menyedihkan, tak ada satu info pun di laman web mereka yang mengatakan Putrajaya Floria 2014 ini mengenakan bayaran .

Saya ambil keputusan untuk tidak masuk pada petang semalam. Dahlah ramai orang (ramai yang terpinga-pinga di depan kaunter je sebab ramai yang terkejut kena bayar). Lagipun saya mengejar masa untuk ke Alamanda sebelum 4.30 petang.

Selepas selesai di Alamanda, saya menikmati makan malam dan sekali lagi membuka laman web mereka. Di ruang 'contact us' tu, saya 'terpaksa' luahkan perasaan saya:
I don't have a specific reason why it should be free. Saya faham penganjur mungkin terpaksa menanggung kos yang tinggi dan terpaksa mengenakan sedikit bayaran kepada pengunjung. Tapi sebab sebelum ni (dah banyak tahun) ianya percuma, maka saya rasa tak wajar ada bayaran dikenakan. Kesian orang yang datang dan expect it is a free event. Kesian pada ibu bapa yang nak melayan kerenah anak-anak. Apa yang saya tengok juga, makanan yang dijual di khemah luar berhampiran kaunter masuk juga adalah agak mahal.

My first rate was 3 out of 10. Maaf. Entri seterusnya akan saya kongsikan tentang bagaimana saya akhirnya masuk juga ke dalam Floria ni dan apa yang ada di dalamnya- Samada beyond expectation or vice versa, samada rating yang saya letak itu akan meningkat atau menurun.

Tunggu.

Dhiya

2 comments

  1. Semua benda kena bayar .. kesian untuk keluarga besar yang tak berapa nak mampu ..

    ReplyDelete
  2. tapi rasanya event ni tak patut kene bayar kut...sbb sblm ni tak berbayar pun :(

    ReplyDelete