Bismillah
Hari ni berhajat nak off-topic dan nak kongsikan tips yang saya sendiri amalkan.
SPA KAKI GUNA BIO OIL!
Dulu, macam yang saya pernah cerita- Saya mengalami alahan kulit kaki yang agak teruk. Macam-macam cara jugalah saya ikhtiarkan. Sekarang dah semakin baik Alhamdulillah.
Salah satu rutin yang saya amalkan dan terasa keberkesanannya adalah merendamkan kaki dalam air suam yang dicampurkan dengan beberapa titis Bio Oil.
Caranya sangat mudah. Tinggal lagi nak ke tak nak. Memandangkan saya tinggal sendiri dalam private room, saya tak ada masalah untuk melakukannya.
Caranya:
[1] Campurkan air panas dengan air sejuk untuk mendapatkan suhu sederhana ke dalam baldi atau besen (bergantung kepada keselesaan anda. Jangan rendam kaki dalam air panas menggelegak tu~)
[2] Masukkan beberapa titisan Bio Oil ke dalam air suam tadi
[3] Kacau supaya minyak tadi sekata dengan air suam
[4] Masukkan kaki (saya buat bancuhan sampai paras buku lali sahaja)
Tak ada yang istimewa sangat pun tips saya ni. Tapi hasilnya, saya dapat rasakan yang kulit kaki semakin lembut dan bersih.
Jadi apa lagi. Pergilah pinjam baldi kawan dan praktiskannya sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
Lepas dah rasa kesannya, jangan letak gambar kaki anda dalam blog pula. Just enjoy it!
Salam sayang,
Dhiya
terima kasih utk tips ni... bole try ni.. hihi...
ReplyDelete