Bismillah
Selamat hari Ahad. Bagi saya, kehidupan seorang pelajar tidak ada bezanya samada hari Ahad atau hari Rabu. Kami sentiasa dihambat senarai tugas yang panjang dan kadangkala perlu belajar dan mencari sesuatu yang asing lagi baru dalam hidup.
Tapi saya suka.
Saya suka keadaan tu.
Meja ini menjadi saksi susah payah, lintang pukang hidup saya sebagai seorang pelajar. Macam saya cakap dulu, emosinya amat berbeza dengan serabut di pejabat atau tempat kerja.
Abaikan Hotfm streaming tu. Itu je halwa telinga yang saya dapat dengar kalau di kolej. Hotfm streaming jugalah yang beri saya perkembangan MH370. |
Kadang-kadang, saya akan mengubah angin ke bilik khas di fakulti yang menyediakan fasiliti yang lebih sempurna. Bagusnya berbanding di bilik, tak adalah rasa mengada-ngada nak baring-baring dan tertidur atas katil empuk~! Kerja lebih fokus dan berdisiplin. Cuma- sejuk macam Korea!
Insya Allah bulan hadapan adalah bulan terakhir semester ini sebelum kami semua sibuk dengan pembentangan dan peperiksaan akhir.
Doakan saya boleh laluinya dengan baik, sebagaimana saya berjaya melepasinya pada semester yang lepas.
Meja belajar
Yang penuh emosi
Salam sayang
Dhiya
No comments