Bismillah...
Sekarang ada kelapangan sedikit nak menulis. Sejak minggu lepas, banyak perkara yang perlu diselesaikan. Sejak minggu lepas juga saya menerima banyak sangat SMS dan panggilan dari Iv yang merupakan rakan sekelas saya di sini.
Iv ni mendaftar sama batch dengan saya, tapi dia dah leading satu semester daripada saya, sebab saya ke Korea tempoh hari. Jadi banyak kelas yang saya dah tak ambil dengan dia dan sangat susah nak jumpa dia. Nak dijadikan cerita, dua minggu pertama masuk semester baru ni, dia sangat bersungguh-sungguh nak jumpa saya. Rupanya dia berikan saya previous notes and assignment untuk rujukan.
Kali kedua dia ajak jumpa, dia meminjamkan saya 3 booklet dan katalog MLM kepada saya. I started to smell something fishy. Saya dapat tangkap yang dia nak promosikan produk MLM dia tu pada saya. Sejak itulah, dia asyik SMS dan telefon, nak minta datang ke bilik saya dengan alasan untuk ambil balik katalog dia.
Saya dah mula tak senang dengan permintaan dia tu. Saya beritahu dia, saya boleh memandu dan ke bilik dia untuk pulangkan katalog tu. Dia tak perlu susah payah tunggu bas dan berjalan untuk ke bilik saya. Saya beritahu dia yang bilik saya betul-betul served as a private place untuk saya.
Paling saya geram, dia tak nak jumpa saya di fakulti atau di kolejnya sendiri. Dia nak juga ke bilik saya! SMS dan panggilan yang banyak dari dia- Sampai saya terpaksa silent kan telefon bimbit.
Isnin lepas, saya bertegas:
"Iv, to be fair, let's meet at the faculty and I will return your catalog there. Else I will drop them at your college's office. I will properly put them in an envelope and write down your name. You can collect from them and it's even convenient for you."
Jam 2 petang, saya tahu dia tak ada banyak pilihan. Dia datang dan kami 'terpaksa' memaniskan muka walaupun dalam hati kami saling tahu yang sakit hati tu ada.
Tapi saya memang tak boleh bagi muka dengan orang macamni lagi. Saya dah serik. Setahun lepas saya baru 'terkena' dengan orang yang dianggap kawan dan dihormati- Tapi rupanya menikam saya dari belakang untuk kepentingan bisnesnya. Fake friend!
Sebaik dia duduk, saya terus pulangkan katalog dia tu dan cepat-cepat mengemas barang untuk pulang. Tapiiiiii dia cepat-cepat keluarkan bahan demo dia untuk ditunjukkan kepada saya. Saya dah tak dapat lari. Yang menggeramkan, kat bilik ulangkaji pun dia boleh buat demo dia tu!
Saya malaslah nak cerita MLM yang mana satu dan produk apa. Tapi marketing strategy dia sangat teruk. Dia bandingkan produk dia dengan satu produk yang sangat well established di Malaysia. (Gila berani dia buat macamni~!)
Kemudian, keluarlah segala fail dan risalah yang menunjukkan income yang upline dia dah dapat. (Silap la, kawan....Hang ingat aku tergoda ke dengan semua tu haaaa~)
Dia masih sempat pancing saya lagi:
"I wish to do hair and skin treatment demo to you. When I can go to your room?"
"Sorry, kawan...I betul-betul tak berminat" Dah tak tahu nak cakap macamana lagi. Dia masih bersungguh-sungguh.
"Kalau you tak nak guna produk, daftar jelah jadi ahli dulu"
"NO, Iv. Big NO from me. Kalau you terus paksa I macamni, I takkan jumpa you lagi dah"
Nampak dia akur secara terpaksa.
Fuh.
Serik.
Fake friend ni memang susah nak distinguish sehinggalah mereka betul-betul kelihatan ingin atau telah 'mengambil' sesuatu dari kita.
Sekarang saya sangat percaya yang kawan sejati sangat sukar untuk dicari. Sungguh, saya sangat tak ramai kawan, tapi mereka yang ada di samping saya adalah yang betul-betul kawan yang sudi bersama tak kira susah atau senang.
Fake friend, please leave me!
Entri nasihat manja + geram,
Dhiya
No comments