Bismillah
Mungkin ramai yang tidak tahu, saya melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana ini adalah dengan inisiatif sendiri dan tidak ditaja oleh mana-mana syarikat atau universiti. Sebaik mendapat tempat, barulah saya memohon pembiayaan yuran dari Kementerian Pendidikan Malaysia. It's a typical pathway and procedure for an ordinary Malaysian like me.
Memandangkan KPM hanya menaja bayaran yuran pengajian, jadi lain-lain yuran (yang saya tak mahu sebut di sini) adalah berada bawah tanggungjawab pelajar itu sendiri. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai palajar- Bukan hanya menghadiri kuliah dan menyiapkan tugasan, tetapi perlu mengambil perhatian terhadap isu pengurusan pengajian dan kewangan (hutang) serta kedudukan semasa kita di peringkat jabatan, fakulti dan seterusnya universiti.
Pengabaian hal ini mungkin boleh menjadi sebab kita gagal menyudahkan pengajian dan tidak boleh bergraduasi (Nauzubillah...)
Berbalik kepada isu pengurusan kewangan tadi, saya yakin ramai yang berada dalam keadaan saya- Belajar sepenuh masa dan tidak bekerja/ mengambil keputusan berhenti kerja.
Sebagai inisiatif untuk meneruskan survival perjuangan saya yang berbaki satu semester sahaja lagi, saya telah (terpaksa) mengeluarkan wang KWSP akaun 2 untuk menampung pengajian saya. Pada saya, itu lebih baik daripada membuat pinjaman terutamanya PTPTN!
Saya telah menelefon pihak KWSP bertanyakan prosedur permohonan. Jawapan yang diberikan sangat jelas dan mudah. :-
[1] Pergi ke pejabat bendahari universiti masing-masing dan minta surat pengesahan yuran anda. Hanya beritahu yang anda ingin keluarkan wang KWSP untuk bayaran yuran. Pihak bendahari maklum dan akan sediakan surat tersebut dalam tempoh 5 hari bekerja (bergantung kepada prosedur pejabat bendahari universiti anda)
[2] Isi borang KWSP 9H (Pengeluaran Pengeluaran Pendidikan).
Borang hendaklah diisi di laman web, masukkan maklumat lanjut nilai yuran yang telah disediakan oleh pejabat bendahari universiti masing-masing (yang telah dimohon lebih awal). Sebaik siap diisi, borang itu boleh terus dimuat turun dan dicetak. Prosedur adalah seperti berikut:
Pergi ke laman web KWSP. Di sebelah kanan tu ada pautan 'Borang- borang KWSP'. Klik. |
Pergi ke bahagian 'Borang- borang berkaitan pengeluaran' dan cari pautan borang KWSP 9H (Pendidikan). Klik. |
Anda perlu mengisi ruang yang disediakan dengan maklumat anda, barulah boleh dimuat turun... |
...seperti ini |
[3] Sediakan surat tawaran pengajian (asal) dan kad pengenalan. Buat satu salinan masing-masing.
[4] Bawa dokumen asal dan salinan ke mana-mana cawangan pejabat KWSP terdekat dan berurusanlah di kaunter macam biasa.
[5] Memandangkan saya belajar di Selangor, saya memohon di Selangor dan Alhamdulillah urusannya sangat cepat. Dalam tempoh kurang 2 minggu, saya dah dapat surat dari KWSP menyatakan yang permohonan saya telah diproses dan bayaran sedang disalurkan terus ke universiti.
Senarai semak:
- Surat pengesahan yuran dari pejabat bendahari universiti
- Muat turun borang KWSP 9H
- Surat tawaran pengajian (asal dan 1 salinan)
- Kad pengenalan (asal dan salinan)
- Kalau ada invois universiti yang boleh dicetak dari akaun kewangan pelajar (dalam sistem pelajar), bawa je. Dokumen sokongan juga tu.
Surat dari KWSP- Memaklumkan yang permohonan saya telah diluluskan. |
Satu lagi adalah surat penyata amaun yang telah berjaya dipohon dan maklumat penerima bayaran. Jadi saya sudah senang hati- Yuran semester ni dah selesai! |
Pada saya, tak kisahlah keluarkan KWSP tu sebab memang ada haknya pun. Insya Allah nanti apabila bekerja semula, semoga bertambah-tambahlah simpanan saya. Hehehe.
Harapnya info ini akan membantu rakan-rakan saya di luar sana. Insya Allah semoga berbaloi dan Allah mudahkan urusan pengajian kita semua.
Selamat maju jaya,
Dhiya
Thanks bebanyak sbb share psl cara nk keluarkan kwsp ni. Hehehe.. =}
ReplyDeleteBerbanyak terima kasih atas perkongsian ini. Selamat maju jaya!
ReplyDeleteAlhamdulillah. Saya dah pun tamat pengajian master. All the best utk rakan2 yang bekerja dan menyambung pengajian seperti saya juga :)
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteAlhamdulillah
Terima kasih atas perkongsian :)
Sangat sangat bermanfaat
Hi, thank you so much for your information. its really helpful.
ReplyDeleteMay i ask you one thing? Right after you send the application to EPF, the process estimated to be settle in 2 weeks time (depends on situation) yes?
How did EPF send the Confirmation Letter to you? Post the letter to your house? or I need to pick up at the EPF office?
Thank you again ...
hi angela,
ReplyDeleteEPF do their job (in my case) very fast :) Once they make the payment directly to the bursary, they will post the confirmation letter to your doorstep. you even will receive an SMS mentioning that they already make the payment.
Good luck and all the best!
Kalau pjj boleh tak guna kwsp? Apa syarat pengeluarannya ya? Maksudnya akaun 2 kena ada berapa baru boleh keluarkan. T kasih
ReplyDeletesaya tak pasti samada PJJ boleh atau tidak. kena cek dgn kwsp atau bendahari universiti. Takut ada certain uni yang ada polisi khas.Tapi rasanya asalkan anda pelajar universiti, boleh je mohon sebab penyata yuran tu bendahari universiti yang keluarkan. Saya tak pasti ada ke amaun minimum untuk bolehkan kita keluarkan akaun 2 ni sbb saya main apply je.
ReplyDeletetp fyi, saya kerja 2 tahun je pastu resign. so caruman 2 tahun tu boleh je keluarkan utk byr yuran universiti
Salam, nak tanya. yang awk buat ni pengeluaran untuk start belajar kan?
ReplyDeletekalau mcm sy untuk bayar hutang PTPTN sama ke procedure nya?
Utk tujuan bayaran PTPTN, saya tak pasti caranya sama atau tak. Baru2 ni ada viral ttg kaedahnya di FB tapi saya tak ambil endah sangat. Maafkan saya. Cuba google lagi dan mungkin ada blogger lain kongsi caranya
ReplyDeletesalam,kalau baru dapat surat tawaran belajar & nak apply keluaran epf ni,bagaimana ye?kebanyakan rakan2 sye mmbayar yuran dengan duet sndri dahulu.bolehkah saye mahu mbayar yuran terus mngunakan epf tanpa perlu gune duet poket dahulu?
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletesalam,kalau baru dapat surat tawaran belajar & nak apply keluaran epf ni,bagaimana ye?kebanyakan rakan2 sye mmbayar yuran dengan duet sndri dahulu.bolehkah saye mahu mbayar yuran terus mngunakan epf tanpa perlu gune duet poket dahulu?
ReplyDeleteReply:
Saya yakin semua yang mula2 masuk belajar terpaksa guna duit poket sendiri dulu utk byr yuran. saya sendiri pun buat benda yang sama. Bila saya apply MyBrain, duit tu akan masuk balik ke akaun kita. Pengeluaran KWSP ni saya buat pada 2 semester terakhir pengajian saya saja. Jadi maafkan saya sebab saya tak pasti bagaimana untuk buat pengeluaran KWSP untuk pendaftaran pertama. Tapi kalau ikut logic, kalau anda sudah boleh dapatkan penyata dari bendahari unievrsiti, anda boleh proceed sbb itu antara dokumen yang KWSP minta.
harap menjawab persoalan :)
Kalau student tiada parents sdah and dia ada punya kkak ad kwsp bole kah kkak dia bayar yuran adik tu
ReplyDeleteHi
Deletesaya tak pasti samada KWSP boleh diguna untuk bayar yuran adik beradik atau tidak. sebab saya guna kwsp sendiri untuk bayar yuran belajar saya sendiri. Cuba awak call KWSP dan beritahu keadaan / situasi awak okay :)