Bismillah...
Inilah gara-gara berkawan dengan orang Negeri Sembilan!
Pertama kali kami buat keputusan untuk datang ke sini, saya sangat keliru. Kenapa sanggup kami memandu dari Bangi sejauh ini hanya untuk makan tengahari?
Rupanya...
Itulah titik permulaan saya jadi ketagih dengan menu daging salai kat sini. Memang ori Negeri Sembilan punya. Haih...(face-palm)
Sampai sekarang pun, kalau rasa gagah, kami akan ke sana untuk makan tengahari. Selalunya kami akan gerak awal sebab nak elak peak hour waktu makan tengahari. Biasanya dalam pukul 12 tengahari tu kami dah boleh duduk dan makan dengan selesa. Saya dapat bayangkan, kalau pukul 12 tengahari baru nak gerak, jenuhlah nak tunggu meja kosong.
Minggu lepas saya berpeluang lagi ke sini. Sejak balik dari Korea dan kambali ke kampus semester ini, inilah kali pertama dapat jejak kaki ke sini. Punaylah lama tahan rindu dendam.
Gerai makan ni terletak hampir
dengan stesen KTM Batang Benar. Kalau dari Nilai, stesen KTM tu akan
berada di sebelah kiri pemanduan. Jadi pandu terus dalam lebih kurang
500 meter, anda akan nampak gerai-gerai makan dengan kereta yang banyak
di tempat lapang. Ha..Itulah tempatnya.
Saya
memang dah jatuh cinta dengan gerai No. 3 ni. Daging salai pucuk ubi
masak lemak cili api dia memang terbaik! Setiap kali datang sini, memang
itulah menunya. Tak pernah pula cuba yang lain. Tunggulah kalau dah boring nanti (boring ke?), saya akan cuba lauk lain~ Saya dengar gerai No. 4 sebelahnya pun sedap juga menunya.
Menu kami dari dulu sampai sekarang. Tak lebih, tak kurang. Paling wajib ada mestilah daging salai masak lemak cili api tu. Lain-lain kami dah tak kisah sangat. |
Sajian: Menu kampung. Memang sedap.Selain daging salai, ada itik salai, ayam salai, ikan keli salai dan macam-macam lagi menu kampung. Tak nak cerita lebih. Lapar nanti. 9/10
Harga: Berbaloi. Kami makan macam dalam gambar tu, siap air limau ais- lebih kurang RM15 sahaja. Lepas tu, kami bungkus pula lauk daging salai tu. (Tamaknyaaa). 8/10
Kondisi kedai: Gerai kampung saja. Jadi jangan expect makan dalam kedai ada penyaman udara. Kerusi pun kerusi kayu je. Tapi saya suka- Padan sangat dengan suasana kampung di sekelilingnya. Tempat letak kereta disediakan. 7/10
Jadi kepada yang rasa tercabar dengan menu-menu yang saya sebut di atas, bolehlah buat site visit ke sana secepat mungkin. Kalau tak silap, Gerai No. 4 tu dibuka setiap hari kecuali hari Isnin. Kami pun datang kalau hujung minggu je. Hari kerja memang taklah!
Ha yang dah meleleh ayaq lioq tu, pergilah esok. Nanti terkilan pulak~
Cepat!
Enjoy your meal,
Dhiya
Jadi kepada yang rasa tercabar dengan menu-menu yang saya sebut di atas, bolehlah buat site visit ke sana secepat mungkin. Kalau tak silap, Gerai No. 4 tu dibuka setiap hari kecuali hari Isnin. Kami pun datang kalau hujung minggu je. Hari kerja memang taklah!
Ha yang dah meleleh ayaq lioq tu, pergilah esok. Nanti terkilan pulak~
Cepat!
Enjoy your meal,
Dhiya
No comments