Bismillah
Salam Jumaat :)
Insya Allah pagi ini saya akan ke KL untuk buat bayaran dan mengambil kunci rumah tamu. Akak dan anak-anaknya akan datang ke KL untuk Pesta Buku Antarabangsa PWTC yang memang wajib bagi kami.
Alhamdulillah
Saya bangga kerana dilahirkan sebagai salah seorang pencinta buku.
Amat.
Hingga pada usia sekarang pun, saya tak pernah punya minat berlebihan terhadap arus fesyen yang selalu berubah (bukan bermakna saya jumud dan tidak pandai berfesyen langsung), tapi saya semakin jatuh cinta dan ingin bercinta dengan buku!
Hingga pada usia sekarang pun, saya tak pernah punya minat berlebihan terhadap arus fesyen yang selalu berubah (bukan bermakna saya jumud dan tidak pandai berfesyen langsung), tapi saya semakin jatuh cinta dan ingin bercinta dengan buku!
Kalau berjalan di pusat membeli belah, saya akan cari kedai buku seperti POPULAR, MPH atau Kinokuniya di KLCC. Kalau di Temerloh pula, kedai buku kegemaran saya adalah Pustaka Saujana. Saya boleh dikatakan membesar dalam kedai buku Pustaka Saujana tu sejak kedainya kecil hinggalah mempunyai kedai dua tingkat sekarang ni.
Ouh~
Lagi satu, bau buku terutamanya yang berkulit kuning tu sangat nikmat. Haha~ Saya tak kisah untuk membaca dalam apa juga keadaan dan selalunya saya tak pernah lupa untuk bawa buku kalau ke mana-mana.
Habit saya ni sangat kontra dengan Elis. Memang kami adalah dua manusia yang sangat jauh berbeza. Kadang-kadang, kalau kami ke kedai buku, dia lebih rela tunggu di luar, macam tak nampak mutiara emas berlian dalam buku-buku tu. Sakit kepala dibuatnya. Tapi baiknya, walaupun dia jarang ada masa membaca, tapi dia akan tanya balik apa yang saya dah baca dan saya akan terangkan kepadanya. Bagus juga untuk listening skill dia dan membebel skill saya. Hahah!
Insya Allah untuk Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2014, saya masih menggunakan Baucer Buku 1 Malaysia. RM250 tu kalau tunai, memang cepat habis dan kadang-kadang tak nampak pun habisnya ke mana. Tapi kalau dalam bentuk baucer ni, saya tak dapat bayangkan berapa banyak buku yang boleh dibeli! Seronoknya!
Saya memang gila dengan PBAKL ni. Dua tahun lepas- Semasa masih bekerja, saya sanggup ambil MC sebab nak ke PWTC. Oh...ngok nye masa tu! Haha! Tak apalah, janji gembira dan puas!
Insya Allah 1st round ni saya nak raikan akak dulu. Saya boleh datang bila-bila masa guna pengangkutan awam. Elis pun selalunya tak menolak untuk ke sini sebab event ni setahun sekali sahaja. Jadi dia tahu saya punya 'gila' tu tak lama mana.
Untuk pembaca blog DDD yang akan ke PBAKL 2014, selamat membeli belah ya. Bawa luggage untuk isi bahan belian dan jaga barang berharga masing-masing. Oh ya, paling penting- Jangan tinggal solat. Surau ada disediakan di sana. Hehu!
Jumpa di PBAKL PWTC,
Dhiya
hani follow sini..bestnya.nak pegi!! hem..
ReplyDeleteAssalamualaikum sheila datang blogwalking daripada blog kak mia liana http://www.mialiana.com/2014/04/senarai-url-blog-3.html
ReplyDelete*bestnya, teringat nak ke pesta buku. nak borong buku gak. rindu nak belek2 buku baru beli. hehehee
Dhiya baru balik dr PWTC. Ya Allah nikmatnya tgk banyak buku. Hujung minggu ni pergilah k. Nanti 1 May pun boleh. Mesti berbaloi :)
ReplyDeleteassalamualaikum w.b.t
ReplyDeleteSalam singgah saya dari blog kak Mia Liana.
Saya pon nk pegi 1 mei nnt.. Nk habiskn baucar buku tue kt sna.. Sanggup simpan baucar tue..
ReplyDeletesaya dah pergi jumaat dan sabtu. insya allah 1 mei nanti pergi juga lagi. Baucer tak habis lagi. erk!
ReplyDelete