Bismillah
HOMER
Semester ni berkenalan dengan software ni. Boleh tahan fun. I really mean that. Seronok sangat menggodak benda alah ni. Assignment pun sekali dapat 5 set terus. Perfecto!
Dua hari yang saya tak balik cuti sem tu-
Sebab dia ni lah. Simulation tu yang kritikal sikit. Report boleh dikatakan Insya Allah tak ada masalah.
Saya tekad nak siapkannya di kampus. Tak mahu bawa balik. Alhamdulillah azam tercapai. Sehari je. Sehari yang tinggal tu dapatlah saya siapkan dua set report. Berbaki 2 report dan satu hand calculation yang perlu dibuat- Insya Allah boleh buat masa di rumah ni.
Simulasi |
Dah dapat jawapan dari simulasi, kena pindahkan pula secara manual kepada laporan bertulis. Prof KS kesayangan saya tu tak mahu HTML Report. Itu semua orang pun boleh generate katanya. |
Doakan saya terus bersemangat.
Saya sangat menikmati pengajian saya sekarang.
Dah sejuta kali ulang, saya tak menyesal langsung berhenti kerja dan pilih jalan payah ni.
Banyak Allah buktikan kasih sayangNya selama saya 'tiada apa-apa' ni. Insya Allah saya bercadang untuk tulis panjang tentang kisah pengajian Msc. saya yang penuh cabaran ini sebaik saya tamat pengajian hujung tahun ini.
Doakan!
Salam sayang,
Dhiya
No comments