Bismillah
Torres secara rasmi telah diterima mengikuti pengajian MBA di Amsterdam. Dia telah tag nama saya dalam salah satu statusnya di FB menyatakan yang dia telah berjaya.
Dia juga merakamkan ucapan terima kasih atas bantuan saya (yang sepicing tu) dalam menyemak karangannya tempoh hari.
Blushing
Semasa dia di Malaysia dulu, kami taklah serapat ini. Sejak saya ke Korea dan kami berjumpa di Seoul Oktober lalu, kami sangat rapat dan selalu saling bertanya khabar. Dia juga mengikuti perkembangan MH370 dan selalu mengirimkan doa dan kata-kata sokongan buat Malaysia. Katanya dia terasa dekat dengan Malaysia kerana dia punya ramai kawan semasa berada di sini dulu.
Tengoklah status yang dia tulis. Satu apa pun saya tak faham. Yang saya tahu hanyalah nama saya ada di-tag di situ. Haha~! |
Torres akan berkahwin tahun hadapan dengan gadis pilihannya- Seorang guru. Insya Allah kalau panjang langkah, saya merancang untuk kembali ke sana untuk majlis perkahwinannya di Busan. Dia juga akan ke Malaysia Julai ini. Jangan tanya saya macamana nak jumpa dia. Hahaha!
Tahniah Torres!
Saya tahu awak masih boleh faham dan bertutur dalam Bahasa Melayu.
Senyum,
Dhiya
No comments