Veet Wax Strip: Hilangkan Upper Lip Hair

Bismillah
Assalamualaikum...

Hari ni saya nak kongsikan belian satu lagi produk yang dapat membantu rakan-rakan wanita saya di lura sana yang mempunyai misai nipis di atas bahagian bibir (upper lip hair).  

Upper lip hair ni pastinya sedikit sebanyak mengganggu keyakinan diri kita sebagai seorang wanita kan. Maklumlah, penampilan feminin direncat oleh sedikit ciri-ciri kelelakian pada wajah. Lebih merunsingkan, upper lip hair ni akan kelihatan dengan lebih jelas kalau seseorang tu berwajah cerah. Down!

Saya pun mengalami masalah yang saya. Jadi saya telah menggunakan Veet Wax Strip sebagai usaha untuk mengurangkan penampakan upper lip hair pada wajah. Veet Wax Strip ni senang didapati di Watson (atau mungkin juga Guardian) pada harga RM13.52. Di dalamnya ada 10 keping wax strip dan 4 keping wipes.  
Wax strip tu berkembar dua. Jadi kalau kita pisahkan pembalutnya, kita akan dapat 20 wax strip. Wax strip boleh digunakan berkali-kali sampailah daya lekatannya hilang. Wipes ni adalah tisu berminyak yang berfungsi untuk membuang saki baki wax pada wajah selepas kegunaannya. Kalau habis pun, boleh lap guna tisu dan minyak bayi je.
Setakat yang saya guna, hasilnya boleh buat saya senyum dengan yakin. Tak perlu bercakap sambil tutup-tutup mulut lagi (ini tipu~). Maknanya keyakinan saya sedikit terbaik pulih dengan ikhtiar ini.

Ada orang cadangkan saya guna kaedah threading. Tapi mungkin tak berapa sesuai dengan saya kut. Anda yang mencari penyelesaian, mungkin boleh cuba kedua-dua kaedah ni dan tengok mana yang sesuai. Selamat maju jaya, ya! Jangan putus asa :)

Salam sayang,
Dhiya

1 comment

  1. follow singgah siniyer., selamat berbuke dari segmen url kak mia liana

    http://eurukaseven.blogspot.com/2014/06/jejalan-sesawang-blogger.html

    ReplyDelete