Bismillah
Siapa kat sini memang suka sangat membeli secara dalam talian dengan Groupon?
Angkat tangannnnnn!!!
Ok jom saya nak ceritakan pengalaman saya membeli dengan Groupon yang mana barang tu terpaksa dikembalikan atas sebab-sebab tertentu yang anda perlu baca entri ini sampai habis.
Saya bukanlah pembeli tegar sangat. Cuma masa tengah tengok-tengok laman web Groupon ni pada bulan Januari lalu, saya rasa berminat nak beli dan anugerahkan kepada diri sendiri sempena ulangtahun kelahiran sendiri.
Dipendekkan cerita, saya pun belilah barang ni-- Berupa sebuah electric cooker pada harga RM99 termasuk kos pengeposan. Barang yang dibeli sampai tepat pada tarikh hari lahir saya. Memang mengujakan!
Electric cooker ni boleh tahan besar. Gedex hantar sampai depan rumah. |
Perasaan masa tu dah macam mak-mak dapat gajet dapur baru. Padahal dapur pun masih menumpang dapur mak. Hahah! Tapi memang gembiralah. Rasa teruja dan tak sabar nak memasak dan cuba macam-macam resepi.
Tapi keseronokan saya sedikit terbantut apabila terlihat power cord yang saya dapat adalah lain dari apa yang diiklankan. Palam tu bukan palam Malaysia. Kalau tak silap macam palam Korea (sebab masa tu baru balik dari Korea dan ingat sangat bentuk palam tu)
Sedangkan apa yang diiklankan dalam laman web mereka adalah seperti ini:Makanya, tiga hari selepas itu, saya mulalah menghubungi pihak Groupon untuk membuat aduan. Perbualan saya dengan pihak Groupon adalah melalui emel seperti yang berikut:
16 Jan
CSR yang mula-mula melayan pertanyaan saya bernama Aliah. |
Menurutnya, memang semua belian produk tu akan menerima palam macamtu. |
Lepas tu saya pun keluarlah dengan hujah saya secara baik. Poin utamanya adalah mereka memberikan saya produk yang tidak sama seperti di dalam iklan. Jadi saya nak pulangkan balik produk tu sebab saya tak boleh guna. |
17 Jan
Aliah balas balik dengan memberikan info tentang alamat pemulangan, tapi saya masih tertanya-tanya tentang kos pengeposan yang perlu saya tanggung dan kaedah pemulangan wang. |
Apabila saya tanya (sebanyak dua kali), Aliah tak balas dan saya terpaksa tangguhkan urusan pemulangan sebab masih belum dapat info tentang kaedah pemulangan wang dan kos pengeposan. |
Kemudian, muncullah wira bernama Wei Jiat ni membantu saya dengan memberikan penerangan yang jelas. |
Saya pun teruskan dengan pemulangan produk setelah mendapat pengesahan dari Wei Jiat. |
Pembayaran semula adalah dibuat melalui reverse funding. Jadi duit tu akan masuk balik ke dalam akaun bank kita. |
Selebihnya adalah bukti-bukti bayaran yang perlu disertakan lah~ |
Alhamdulillah saya terima balik bayaran saya dalam tempoh seminggu sahaja dari tarikh urusan terakhir saya dengan Wei Jiat.
Saya boleh katakan CSR Groupon memang sangat efisyen dalam membantu menyelesaikan isu pelanggan. Yang jadi lambat tu katanya sebab Aliah tu cuti dan tak ada orang follow up isu saya.
Setakat ni, ini sahajalah barang yang dibeli dari Groupon yang saya minta untuk pulang balik atas sebab tidak sama dengan produk yang diiklankan. Selainnya, pembelian saya dengan Groupon sangat memuaskan hati.
Harapnya entri ini dapat membantu rakan-rakan yang nak refund atas sebab-sebab yang munasabah.
Salam sayang,
Dhiya
pernah beli gak dgn groupon. alhamdulillah... tiada masalah...
ReplyDeleteAssalam terima kasih atas perkongsian kehidupan dhia di korea..alhamdulillah syukur sbb Allah gerakkan hati sy utk baca coretan dhia.. persoalan saya ttg solat dan makanan bnyj sudah terjawab..saya juga bakal menghuni bumi korea slma 3 bln bermula september..doakan agar sy juga kuat mcm dhia ya.. nm saya azie.. ontahpapo sbb sy dr n9 =)
ReplyDeleteAyu:
ReplyDeleteDhiya pun suka dengan Groupon ni. Cuma ni je satu satunya isu yang timbul tempoh hari, itu pun sebab barang salah. Minta refund pun takde masalah sgt. dorg respon efficiently :)
Azie:
ReplyDeleteTahniah. Mesti teruja kan. September onward memang best sebab hujung musim luruh dan nak masuk winter. Selamat mengembara. Kalau ada pape, boleh email dhiya diahalida@gmail.com
Hihi terima kasih dhiya.... perasaan bcampur baur ni... tp ttp bersemangat utk bermusafir ke negara org..moga Allah lindungi dan rahmati spnjg saya tinggal dsana.. doakan..dan salam perkenalan dr saya =)
ReplyDeleteAzie
ReplyDeleteWhich part of korea?
Rindu pula rasanya life kat sana. Mmg penuh dgn cabaran, tapi mematangkan.Insya Allah dhiya berazam nak kembali ke sana utk phd nanti. Take care dan semoga Allah pelihara!
Masih blom diberitahu.... mungkin masa orentasi nnti akn dmaklumkan... dun worry dhia ill keep u update ok... =) amin amin
ReplyDelete