Bismillah
Rakan-rakan Malaysia, saya yakin isu Palestin ini ada sedikit sebanyak menjentik tangkai hati anda. Ini bukan lagi isu agama semata-mata. Ianya juga melibatkan kemanusiaan.
Sungguh nampak tak adil apabila pihak Zionis menyerang dan menyasarkan golongan lemah sebagai 'makanan' kepada senjata-senjata mereka.
Saya juga yakin bahawa Malaysia dan seluruh isinya tanpa mengira agama dan bangsa mengambil cakna akan isu ini. Mana tidaknya, ramai dari saudara se-Malaysia kita mendermakan wang ringgit supaya dapat disalurkan kepada warga Gaza yang memerlukan.
Akan tetapi, saya nasihatkan supaya kita semua berhati-hati dengan tabung-tabung derma yang diedarkan. Bukan untuk bersangka buruk, tetapi bagi memastikan kita telah menyalurkan sumbangan tersebut ke pihak yang betul dan bukan kepada pihak yang mengambil kesempatan.
Dua-tiga hari lepas saya ada terbaca tentang ada pihak yang menjalankan kutipan derma untung Gaza tetapi diragui kesahihannya.
Bagi yang berhajat untuk menyalurkan bantuan, saya cadangkan anda mendekati dua pertubuhan ini:
Aman Palestin
Laman web: http://www.amanpalestin.net/
FB: http://www.facebook.com/AmanPalestinOfficial
Aqsa As-Syarif.
Laman web: http://www.aqsasyarif.org.my/v3/
FB: http://www.facebook.com/aqsa.syarif
Dua pertubuhan ini adalah NGO yang saya kira boleh dipercayai dan mempunyai kredibiliti yang sangat meyakinkan.
Aman Pelestin merupakan NGO Malaysia tunggal yang mempunyai pejabatnya di dalam Gaza sejak tahun 2009, manakala Aqsa As-Syarif ditubuhkan setahun berikutnya atas tujuan kemanusiaan dan kebajikan yang mempunyai misi yang hampir sama. Malah, Dr. Hafidzi, (Orang kuat Aqsa As-Syarif) merupakan mertua kepada sahabat saya semasa zaman sekolah menengah dahulu.
Niat saya, agar sumbangan kita dapat disalurkan kepada pihak yang betul dan bukan pada pihak yang ingin mengambil kesempatan semata-mata. Semoga sumbangan kita dapat sampai kepada saudara-saudara kita yang memerlukan, dan dalam masa yang sama menjadi saham akhirat untuk kita. Lupakah kita pada janji Allah- Infaq kepada yang memerlukan akan dibalas dengan balasan yang besar!
Doa untuk mereka,
Dhiya
Assalamualaikum dhiya.. alhamdullilah, perkongsian yang baguss. semoga membuka mata orang ramai untuk menderma dan membantu saudara Islam kita di sana. in shaa Allah.
ReplyDelete