Resepi: Puding Roti


Bismillah

Puding roti
1. 6-8 keping roti digunting@dikoyak
2. 500 ml susu segar
3. 2 biji telur
4. 2 sudu butter yg dicairkan
5. 1 penutup esen vanila
6. 4 sudu gula kastor
7. Kismis secukupnya

Cara
1. Sapukan loyang dgn butter
2. Koyakkan roti dan letakkan dlm loyang
3. Blend kan semua bahan
4. Tuangkan campuran bahan dalam loyang..biarkan roti meresap semua bahan...taburkan kismis
5. Bakar 180°C selama 30 minit (Saya bakar guna pemanggang ajaib je~)


Roti yang dah dikoyak kecil, dicurah dengan bahan yang telah dikisar tadi. Bersedia untuk dibakar dalam pemanggang ajaib!
Hasilnya~!
 Sos kastard
1. 1 tin susu cair
2. Setengah tin air
3. 2 sb tepung kastad
4. 2 sudu gula

1. Cairkan tepung dlm air..
2. Didihkan susu cair..masukkan campuran tepung kastad dan gula...
3. Kacau sehingga pekat...

P/s: lebih sedap dimakan bila sos kastad tu sejuk...

Sedia untuk dihidangkan!
Selamat mencuba!
Dhiya

1 comment

  1. Assalamualaikum.. wah sedapnya puding roti..singgah menabung zalora sini~~~

    ReplyDelete