Bismillah
Anda masih bekerja? Sabar... :)
Saya ni memang nipis sabar sikit. Sebab tu saya dah cabut balik ke kampung semalam. Huhuhu!
Pukul 9 pagi, masih tersadai dalam kereta di tempat letak kereta sambil dengar lagu raya. |
Pagi semalam, saya masih masuk ke pejabat. Masuk je lah. Mood nya memang dah tak ada pun. Barang-barang semua saya dah load dalam kereta sehari sebelum lagi. Jadi pergi kerja pagi tu memang saya dah bawa semua barang.
Lebih kurang jam 2 petang, saya mulakan perjalanan. Seperti yang diduga, jalan-jalan favorite memang sesak. Nak keluar dari Kuala Lumpur je pun dah mengambil masa satu jam lebih. Sampai di Tol Gombak, semuanya ok. Masih belum sesak sebab kebanyakan perantau dari Pantai Timur akan bergerak hari Khamis atau Jumaat. Masa tu nanti memang akan sesak sampai boleh memandu sambil bersila sebab jaga gear satu je :p
Semalam di Tol Gombak juga, saya dapat kuih raya dari petugas tol. Memang feeling balik raya sangat!
Terima kasih!
Kuih raya dari LPT untuk pengguna :) |
Perjalanan semalam Alhamdulillah ok je. Cuma adalah beberapa manusia yang tak berakal yang bersikap macam haiwan peliharaan (Maaf cakap). Saya ingat sangat dengan pemandu Proton Suprima S warna biru nombor pendaftaran BMG ****. Dari Karak lagi bukan main laju. Di Temerloh, dia potong saya atas jambatan sempit walhal di lalun bertentangan sana ada kereta.
Kadang-kadang memang betul- Kita ni dah pandu habis cermat, habis elok- Tapi tetap jadi mangsa dek kerana kesilapan dan kecuaian orang lain.
Sampai di halaman rumah, ada bau durian. Sorgaa sangat! Buah duku di halaman rumah abah ni pun dah masak menguning- menunjuk sangat.
This is why I love my hometown very much. I can go as far as you could, but I cannot deny that this is my origin.
Mood raya diaktifkan,
Dhiya
No comments