Bismillah
Jumaat sebelum 1 Ramadhan hari tu. saya berpeluang balik ke rumah Paklong di Sungai Air Tawar, Sungai Besar Selangor. Rancangan saya untuk balik ke Pahang untuk menyambut Ramadhan terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir apabila emak dan abah membuat keputusan untuk ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas. Paklong saya tu dikhabarkan tidak sihat sebab terjatuh.
Sabtu, sehari sebelum puasa tu- Saya memang sakanlah duduk di kampung. Habis ceruk halaman rumah Paklong saya ni saya teroka. Di belakang rumah Paklong ni ada ladang sawit. Paling istimewa, dalam ladang sawit tu, sepupu saya ada membela lebah kelulut untuk mendapatkan madunya! :)
Sarang lebah kelulut tu diletak di pangkal pokok sawit tu. |
Sarang lebah kelulut. |
Menurut sepupu saya ni, lebah kelulut didapati dari hutan dan dibawa balik dalam bentuk koloni. Koloni ini akan diletakkan dalam kotak kayu seperti dalam gambar tu untuk diternak secara komersial.
Lebah kelulut ni dikatakan tidak menyengat tetapi sangat suka menghurung rambut/ kepala. Madunya dijual pada harga RM50- RM80 untuk setiap 100ml.
Satu set sarang buatan termasuk dengan koloni lebah kelulut ni juga dijual pada harga RM700- RM900. Mahal? Memanglah- Sebab bukan senang nak dapatkan koloni lebah ni.
Madu lebah kelulut terdapat dalam 'kepompong' tu. Nak tuai madunya bukan mudah. Perlu sedut dengan syringe dengan berhati-hati. |
'Pintu masuk' yang dibina sendiri oleh lebah ni. |
Saya dapat jugalah peluang untuk rasa madu kelulut ni. Masya Allah manis sangat tapi ada rasa masam-masam sikit. Tapi peluang rasa masu asli ni memang buat saya teruja. Bukan senang nak tengok dengan mata kepala sendiri. Orang bandarlah katakan~
Balik kampung memang best.
Salam sayang,
Dhiya
saja mai blogwalking ja..selamat berjaya atas apa sahaja yang anda semua lakukan noo..mai dari blog mia ni dia rajin sungguh kumpul link supaya mudah kita blogwalking ;-)
ReplyDelete