Bismillah...
Musim buah-buahan di kampung kini bermula!
Sebenarnya buah-buahan ni dah mula masak sejak awal Ramadhan lagi. Memang 'menunjuk' sangat. Sedang elok pertengahan dan menghala ke penghujung Ramadhan, lagilah menggugat iman.
Depan rumah abah ni tengah meriah dengan durian, duku dan paling banyak rambutan. Tak cukup dengan tu, jiran-jiran pula berkongsi rezeki masing- Ada yang beri manggis, ada yang beri lagi durian dan rambutan dari jenis dan warna yang lain pula.
SubhanallahInilah manisnya tinggal di desa, bersama jiran-jiran yang baik-baik belaka. Rezeki- Samada banyak atau sedikit, tetap dikongsi dengan hati yang terbuka dan penuh keikhlasan.
Insya Allah, rakan-rakan yang akan berziarah sempena Eidul Fitri ini akan dapat menikmati buah-buahan kampung ini seadanya. Moga ada rezeki kalian :)
Salam sayang,
Dhiya
Assalamualaikum dan salam singgah pagi Dhiya...bestnyer kan dapat makan buah-buahan..Diana paling suka buah durian..hehe..Salam kenal Dhiya..
ReplyDelete