Bismillah
Saya sebenarnya tak sanggup nak menulis dengan panjang tentang dua isu yang sangat berat pada saya iaitu isu Gaza dan kesedihan MH17. Tapi atas nama kemanusiaan, saya 'paksa' juga untuk luahkan sesuatu di sini.
Kalau rasa tak mahu ambil pusing sebab katanya ini hal agama dan politik negara terbabit, tolonglah letak sepicing rasa kasihan atas nama kemanusiaan. Zionis menyerang dan membunuh orang yang tidak bersalah termasuklah wanita, warga tua dan kanak-kanak. Paling bacul, kenderaan yang membawa bantuan kecemasan pun dibahamnya.
Tidakkah ini melampaui batas kemanusiaan?
Melampau, kan?
Saya memang sengaja mengikuti perkembangan perang ini melalui FB Aman Palestin. Setiap hari, news feed saya dipenuhi cerita darah dan air mata. Ada masa rasa terubat juga dengan berita kejayaan Al-Qassam menyerang balas dan kelihatan tentera Zionis yang mati. Tangisan keluarga sang Zionis ini tak akan dapat menandingi tangisan dan kesedihan mangsa-mangsa yang tidak bersalah yang dibedil tanpa sebab.
Saya juga percaya kekuatan dan kemenangan Al-Qassam adalah dengan izin Allah swt dan sedikit sebanyak adalah dari doa dan infaq saudara seagama kita yang turut terasa kesakitan di sana.
Saya juga percaya kekuatan dan kemenangan Al-Qassam adalah dengan izin Allah swt dan sedikit sebanyak adalah dari doa dan infaq saudara seagama kita yang turut terasa kesakitan di sana.
Saya sangat tak dapat bayangkan kalau ini terjadi di Malaysia. Keluarga kita bergelimpangan, darah dan cebisan jasad di mana-mana. Pengkebumian jenazah bukan dek kematian biasa, tapi dibunuh bangsa yang mengambil hak kita. Dapat tak kita bayangkan? Tidak. Setiap kali saya pejam mata untuk cuba meletakkan diri dalam situasi itu, saya akan menangis. Saya tidak kuat. Sungguhlah mereka di sana memang Allah jadikan sebagai pejuang yang kuat dan kental imannya. Mari. Mari muhasabah.
Sayap Malaysia yang diuji!
Sedang MH370 masih menjadi misteri, negara dikejutkan dengan tragedi MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine. Lebih menyedihkan, kesemua anak kapal dan penumpangnya maut dengan cara yang sangat penyayat hati.
Entah...
Memanglah ini semua sudah suratan takdir aturan Allah, tapi asbab ditembak itu menunjukkan betapa tangan-tangan manusia sendiri yang menyebabkan kezaliman.
Nyawa manusia dah macam tiada nilai dan hak yang sewajarnya. Paling sedih adalah apabila sekali lagi beratus-ratus nyawa yang tidak bersalah menjadi korban akibat dari pertelagahan pihak lain.
Saya cukup terkesan dengan kematian enam beranak keluarga Tambi Jiee yang merupakan seorang jurutera dan beberapa orang pelajar PhD. Mereka ini bukan calang-calang orang. Negara kehilangan warganegaranya yang berkaliber dan berkarisma. Pengetahuan mereka dalam bidang masing-masing sangat ditagih oleh negara, tetapi malangnya jasad mereka berkecai membawa pergi bersama kemahiran dan pengetahuan yang ada pada mereka.
Itu belum lagi kita lihat bagaimana ada anak dan isteri yang hilang ketua keluarga tempat bergantung, anak kehilangan ibu atau ayah serta keluarga yang kehilangan harapan tertinggi keluarga.
Saya secara peribadi menyatakan pendirian saya yang senada dengan pemimpin negara yang mengutuk perbuatan zalim tersebut hingga menyebabkan tragedi kematian terhadap orang awam yang sangat teruk. MAS tidak bersalah dan saya yakin ianya menjadi mangsa keadaan- samada dalam kes MH370 ataupun MH17.
Semoga pemimpin dan seluruh rakyat Malaysia bersatu dalam menegakkan kebenaran dan menuntut keadilan terhadap kebanggaan Malaysia yang satu ini. Saya pernah terbang bersama MAS, jadi saya berhak untuk bangga di saat kegemilangannya dan perlu menyokong pada saat kesukarannya.
Isu Palestin merobek jiwa saya sebagai seorang Muslim khususnya dan sebagai seorang manusia secara amnya. Semua orang tanpa mengira agama, pendirian politik dan bangsa perlu cakna yang isu ini adalah isu sejagat. Jangan berhenti mengutuk Zionis dan bantulah warga Palestin walau dengan sepicing sokongan emosi dan doa. Allah akan memberi kemenangan kepada Palestin yang memperjuangkan tanah air mereka!
MH17 adalah sebahagian dari hak Malaysia. Justeru segenap lapisan rakyat Malaysia perlu bersatu dan memberikan sokongan terhadap masa sukar MAS. Berhentilah menyebarkan kontroversi, menyalahkan satu sama lain dan mengeluarkan teori-teori yang menjatuhkan motivasi negara. Bantulah pemimpin kita supaya mereka dapat melakukan yang terbaik. Mari letak tepi isu perbezaan dan persengketaan politik demi keadilan untuk MH17 milik kita.
Doa dan teruslah berdoa
Dhiya
tahniah sbb berjaya gagahkan diri utk menulis isu ni. serius dr sya. i can't even think of anything to write. love that passport picture. glad more person are realizing the truth.
ReplyDelete