Bismillah
11 Ramadhan
Sekarang memang musim buah-buahan.
Kebanyakannya ditanam di halaman rumah sahaja termasuklah durian, rambutan dan duku.
Duku ni agak istimewa sedikit. Kalau tak silap, dah lebih 4 tahun pokoknya tak mengeluarkan buah. Tapi semasa pulang ke kampung minggu lepas, saya tengok ranting-ranting pokok duku ni sangat lebat dengan buahnya. Alhamdulillah rezeki ni!
Putik lagi. Jangan kait pulak~ |
Insya Allah Eidulfitri ni kita bukan takat jamu kuih raya. Kalau ada rezeki kawan-kawan yang datang, bolehlah merasa buah-buahan tempatan-makan bersila-dengan suasana kampung. Sorgaaa!
Siapa-siapa nak datang, PM ya~ Hahaha!
Salam sayang,
Dhiya
No comments