Palestin dan Kita


Bismillah

Senipis-nipis iman kita, saya pasti ada terdetik rasa sedih dan marah atas apa yang sedang berlaku terhadap saudara-saudara kita di Palestin. Ya, perasaan itu benar. Tidak ada yang salah. Mereka adalah saudara Islam kita. Kita berhak untuk mempunyai perasaan seperti itu.

Saya jarang kongsikan isu-isu berat di dalam DDD. Tapi menggalas tanggungjawab sebagai sebahagian daripada saudara Islam, saya rasa saya tidak boleh duduk diam.

Isu Palestin ini bukan isu baharu. Sewajarnya kita sudah cakna sejak lama dulu. Malah anak-anak kita perlu diasuh dan dididik dengan cerita ini sejak dari dalam rahim lagi. Ini bukan masalah garisan sempadan negara yang dirampas semata-mata. Ini adalah soal nyawa saudara-saudara kita malah lebih penting, ia adalah demi agama Islam.
Rakan-rakan DDD, teruskanlah berdoa. Detik dalam hati pun cukuplah...Semoga Allah terima sumbangan kita baik yang menyumbang wang ringgit mahupun hanya doa.
Cuba pejamkan mata, bayangkan kalau kita di tempat mereka. Apakah yang kita mahu?

Ya.

Sedikit pun jadilah. Asalkan ada doa untuk mereka.


No comments