Resepi Roti Puri


Bismillah

Dah lama resepi ni tersimpan dalam telefon saya. Terasa macam tak ada keyakinan sangat untuk buat resepi ni. Tapi Isnin lepas saya malas sangat nak memasak. Saya cakap pada suami, saya buat sepinggan bihun saja, kemudian saya buat roti puri ni untuk dicicah dengan kuah kari mamak dan rebus dua ketul ubi engu yang Kak Bibik bawa pulang dari Indon. Harapnya kenyanglah. Hahaha

Sekali dah siap, saya lihat seronok pula dia kunyah roti puri ini. Di dalamnya saya tambah gula sedikit semasa saya bulatkan tepung. Bila menggoreng, gula tu mencair dan rasa sedaplah sebab ada manis-manis sikit :) 

Untuk adunan di bawah, saya dapat 11 ketul roti puri. Saya dapat makan 3 ketul, yang lain saya tak tahu bocor hilang ke manaaa~
Kasihan roti puri ku hangit sedikit :(
Bahan-bahan:

1. 2 cawan tepung gandum*
2. 1 sudu teh mauripan*
3. 1 sudu teh gula*
4. 3 sudu besar minyak masak (saya guna minyak jagung)
5. 1/2 sudu teh garam
6. 3/4 cawan air panas mendidih

Cara-cara:

1. Satukan bahan bertanda * dan gaul hingga berderai
2. Masukkan air panas dan uli sehingga menjadi doh tidak melekat di tangan
3. Bulat-bulatkan sebesar bola ping pong dan peramkan ~ 30 minit dalam bekas tertutup
4. Untuk menggoreng: Panaskan minyak dan sebaik panas, gelekkan roti hingga leper dan masukkan ke dalam kuali. Curahkan minyak pada bahagian atas roti supaya ia mengembung dengan comelnya.
5. Siap! Sedap dicicah kuah kari mamak (eh~), sardin, atau susu pekat manis. Hmmmmm

Selamat!
Dhiya

No comments