Resepi Kek Marjerin Mudah (Guna Blender Je)~


Bismillah

Minggu lepas terasa rajin lebih sikit. Sambil scroll FB, terjumpa pula menu mudah ni. Terus saja teringin dan saya ke dapur. Alangkah sukanya sebab semua bahan yang diperlukan ada sedia di dapur. Tanpa fikir panjang, saya terus saja buat.

Begini perasaannya memasak dengan jiwa rupanya. Hahahhaha! Lagi menggembirakan, kek mudah saya ni menjadi! Ya Allah, masuk bakul, angkat sendiri, sungguh berat rupanya~ Heh!

Bahan-bahan:

Bahan A
1 cwn tepung gandum
1/2 sdk baking powder 
Diayak bersama ketepikan

Bahan B
1/2cwn marjerin cair
3/4 cwn gula halus 
2 bj telur
Sedikit esen vanilla

Cara-cara:

1. Blend bahan B lebih kurang 10-15 minit atau sehingga adunan nampak halus.
2. Sementara itu, panaskan periuk (saya guna non-stick pan yang boleh buat kukus (yang leper) lebih kurang 10 minit dengan api yang paling kecil.
3. Selesai blend, tuang bahan B ke dalam bekas dan masukkan bahan A dan gaul sebati.
4. Sapukan loyang dengan planta dan seterusnya tuang adunan sampai habis. Hentakkan sedikit supaya adunan rata. Kalau nak hias dan buat corak pun, masa inilah.
5. Masukkan dalam periuk yang sudah dipanaskan tadi. Oh ya, jangan lupa lapik loyang dengan tungku kaki 3 (jangan letak loyang terus ke lantai periuk) dan tutup tudung. Saya bakar selama 1 jam 15 minit dengan api yang kecil. (Kena sabar)
6. Memandangkan saya tak guna oven, jadi kenalah selalu-selalu tengok. Lepas sejam baru saya buka dan tengok samada sudah masak ke belum. Alhamdulillah selepas sejam lebih barulah masak. Jenuh tapi berbaloi!
Taraaa~!
Selamat mencuba!
Dhiya

6 comments