Bismillah
Bagaimana nak buat ulam kacang benci tak kecut selepas direbus?
Ini petua dari emak saya.
Saya tak pernah nampak emak rebus ulam bendinya. Rahsianya mudah saja. Semasa memasak nasi, sebaik nasi sudah agak keras (tapi masih ada air di dalamnya), masukkan bendi yang sudah dibersihkan ke dalam periuk nasi tersebut.
Percaya atau tidak, bendi tu akan lembut sama seperti direbus cuma bezanya tekstrur kacang bendi tu kekal, tidak kecut dan warnanya yang kekal hijau. Best tak? Saya memang tak pernah rebus bendi sejak belajar petua ini dari mak.
Kawan-kawan kaki ulam tu, bolehlah cuba kaedah ni. Mudah pun mudah. Tak perlu nak set-up periuk dan didihkan air untuk rebus bendi :)Selamat mencuba
Dhiya
No comments