Bismillah
Klik cerita di sini: Resepi Teh Tarik Masak dalam Periuk
Saya ni bukan big fan of teh tarik sangat, tapi suka tengok teh tarik yang kat kedai Mamak tu. Semalam tiba-tiba rajin pula mencari resepi buat teh tarik yang sedap. To my surprise, saya jumpa resepi buat teh tarik yang dimasak dalam periuk! (Jakun sebab selama ni teh tarik bancuh dalam jug saja~)
Bahan-bahan:
3 Liter air (untuk 10 orang)
5 sudu serbuk teh (kalau guna teh uncang, letaklah dalam 4-5 uncang)
3 tin susu pekat
1 tin susu cair
1 sudu kecil garam halus (jangan janyak nanti jadi gulai lemak!)
Cara-cara:
1. Panaskan air sehingga menggelegak
2. Kemudian masukkan teh dan kacau
3. Masukkan susu dan garam
4. Kacau sehingga masak (dalam 5 minit)
5. Sambil-sambil tu adjust lah rasa ikut keperluan
Orang Malaysia ni memang sinonim sangat dengan teh tarik, kemudian pakej dengan roti canai. Taaaaaaaakk kira bangsa. Itu yang uniknya!
Insya Allah kalau buat makan-makan, bolehlah cuba resepi ni. Periuk di rumah mak di Pahang pun besar-besar juga~
Dhiya
oooo taruh garam bagi rasa lemak yer
ReplyDelete