Resepi: Kerang Bakar dengan Sambal


Bismillah

Resepi hari ini:
Kerang bakar dengan sambal
Minggu lepas kami balik ke Sg Air Tawar Selangor untuk melawat pakcik saya yang sedang uzur. Dalam perjalanan balik ke KL, kami singgah di Pasar Pasir Penambang untuk membeli sedikit barang basah terutamanya ikan dan lepastu mulalah melilau membeli apa-apa yang menarik

Akhirnya ikan dapatlah 3-4 ekor. Yang selebihnya keranglah, udanglah, sotonglah~
Tapi saya nak cerita pasal kerang yang kami jumpa di Pasir Penambang ni- Sekilo RM15 dan besar sangat sangat! Rasanya 20 biji je dah sekilo.

Sampai di rumah, saya buat kerang bakar dengan sambal jelah sebab itu yang paling cepat dan mudah.

Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Kerang dibasuh bersih kulitnya. (Saya guna berus)
Kerang yang saya beli ni kerang besar. Sekilo RM15. Ni proses memberus dan membuang lumut dan kotoran
...Sehinggalah jadi bersih dan putih bersinar macam ni
2. 2 batang serai
3. Garam
4. 6 biji bawang merah dan 4 biji bawang putih (dikisar)
5. Cili kisar (dalam 2-3 sudu)
6. Kicap dan sos tiram
7. Perasa (gula dan garam)
8. Air asam jawa dan air bancuhan belacan

Cara-cara:
1. Rebus kerang dengan garam dan bubuh serai. Biarkan masak dan ketepikan.
2. Untuk sambal, tumis bawang yang dikisar tadi hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan kacau hingga garing dan naik minyak
4. Masukkan air bancuhan belacan dalam 2-3 sudu. Masa ni bau dia sedap gilaaaa!
5. Kacau, masukkan kicap dan sos tiram untuk beri warna gelap sedikit. Boleh tambah air kalau rasa nak banyak
6. Masukkan air asam jawa tadi dan seimbangkan perasa dengan garam dan gula sampai puas hati
7. Biar sekejap hingga sambal tu sedikit pekat dan hampir kering
8. Kemudian, masukkanlah kerang yang dah direbus tadi sekali dengan serainya
9. Siap!
Jadi di mana 'bakar' nya?

Hahahah!

Bakar tu optional sebab kerang dah masak melalui kaedah rebus tadi. Ada orang tak puas hari dan masih mahu dibakar. Kalau nak, pindahkan kerang yang dah bersambal tadi tu ke dalam pemanggang ajaib dan bakarlah sekejap sementara tunggu waktu makan.

Saya secara peribadi tak berapa suka bakar sebab nanti isi kerang tu akan kecut. Rebus lebih baik :)

Senang tak?
Senang kan?

Selamat mencuba, ya!

Dhiya

No comments