Aduh. Saya gagal untuk menjadi pekerja cemerlang tahun 2011!
Demam ini sudah hinggap sejak semalam. Tapi saya gagahkan juga menapak ke pejabat. Seharian di sana, saya masih bergelak ketawa dengan kakak-kakak malah saya masih boleh bertahan hingga selepas Maghrib untuk menghadiri majlis perpisahan salah seorang rakan.
Segalanya menjadi semakin teruk apabila pulang ke rumah. Ketika itulah saya mula rasakan segala sendi seperti mahu tercabut. Sakit badan. Selesema pula tak payah cakaplah. Lebih teruk, suara saya terus 'hilang' entah ke mana. Yang ada hanya suara garau dan serak sehinggakan saya penat bercakap. Dengan Elis pun terpaksa guna bahasa isyarat atau hanya SMS walaupun dia ada di depan mata. Oh!
Pagi in, saya hanya bangun untuk solat Subuh dan betul-betul menyerah tak mampu bekerja. Ketika saya menelefon pejabat untuk memaklumkan perihal kehadiran saya, staf yang menjawab panggilan saya sangat terkejut dan tidak percaya yang bercakap itu adalah saya.
"Kenapa suara you lain, Dhiya?"
Uh. Malas nak jawab. Penat!
Di rumah. Berehat sebaik mungkin. Sakit itu kifarah, tapi itu juga peluang untuk kita bermanja dengan diri sendiri. Yang pasti, jari tangan saya tak demam. Inilah masanya hobi menulis betul-betul menulis!
No comments