Haru...
Memang haru. Hadir ke pejabat di hari kedua raya Aidiladha. Terasa benar sunyinya.
Kerja memang ada. Tak sempat untuk menguap, ada yang akan menelefon saya untuk urusan itu dan ini. Hm...Memang bersemangat tinggi. Momentum sentiasa ada. Jurutera semuanya memang begitu mungkin.
Minggu ini saya akan pulang ke kampung lagi. Jadi taklah sedih sangat dengan kerja-kerja pejabat yang agak menekan. Hati cepat terpujuk apabila teringatkan kampung halaman. Rindu yang membuak-buak membuatkan saya bermotivasi tinggi untuk bekerja.
Di rumah pun ada isu tersendiri. Jalan pintasnya mudah. Saya ambil keputusan untuk tidak akan terlibat di ruang kecil sebelah pintu masuk itu. Saya tak akan bertanggungjawab atas apa yang ada di situ. Maaf kerana terpaksa menjadi seorang yang mementingkan diri.
p/s: Mod tak stabil. Sebab itu entri ni jadi entri tertangguh. Aduh!
No comments