Travelog: Throwback Korea Series


Bismillah

September 2014-
Genaplah setahun pengalaman manis saya di Korea. Walaupun pemergian saya tempoh hari adalah pada 21 September 2013, tapi persiapan saya termasuklah menghadiri kelas persediaan, kem jatidiri dan beberapa kursus lain telah bermula seawal hujung Ogos, sekitar Aidil Fitri 2013.

Justeru, saya dengan rendah diri ingin mengisytiharkan bulan September 2014 ini sebagai bulan throwback kepada perjalanan kehidupan saya di sana. Semua entri dalam bulan ini adalah entri repost yang kebanyakannya ditulis selama saya berada di Korea. Kalau nak masukkan semuanya, memang tak cukup entri satu bulan. Tapi Insya Allah throwback series ini akan memudahkan pembacaan anda ke atas pengalaman saya kerana ia merupakan kompilasi kepada siri penglaman saya berdasarkan timeline sebenar.
Koleksi entri ini akan terbit setiap hari dalam bulan Septermber 2014 dan boleh dibaca bawah tagging Travelog Korea.

Saya berharap agar penulisan berdasarkan pengalaman singkat ini dapat menjadi sedikit sebanyak rujukan kepada rakan-rakan lain yang akan berkelana terutamanya dalam memenuhi keperluan sebagai seorang Muslimah di perantauan. Insya Allah :)

Selamat membaca,
Dhiya

2 comments

  1. thanks dhiya...suka sgt perkongsian mcm ni..smg ada rezeki nak bercuti ke korea.

    ReplyDelete
  2. Sama-sama kak Suhaila. Saya susah masa duduk sana. Nak makan susah, nak solat susah. Jadi harapnya perkongsian ini dapat bantu survival di negara bukan Islam khususnya kpd Muslimah :)

    ReplyDelete