Bismillah...
Setelah sekian lama, mari saya sambung semula cerita backpacking saya di Seoul pada hari kedua. Macam biasa, entri Korea akan penuh dengan gambar dan entri ini super amat panjang. Hahaha~!
Pagi 27 Oktober (hari kedua) saya bangun awal macam biasa untuk solat
subuh. Lisa masih tidur. Jadi saya tak sampai hati nak buka lampu bilik
melainkan hanya menumpang cahaya lampu bilik air.
Hari kedua akan menjadi lebih mencabar berbanding semalamnya. Saya akan bergerak sendiri tanpa ditemani sesiapa. Alhamdulillah itinerary untuk
hari kedua telah dirancang rapi. Banyak tempat yang tersenarai, cuma
pastinya saya akan singgah sekejap-sekejap sahaja. Dan memandangkan saya
tak bercadang untuk ke Seoul sekali lagi, saya akan ambil kesempatan
untuk membeli belah terutamanya cenderahati yang tiada di Daejeon.
Macam saya cakap tadi, perancangan rapi telah dibuat termasuklah meng-install serta mengkaji peta laluan subway, merancang dan menyusun tempat-tempat yang ingin dilawati berdasarkan masa dan laluan subway dan senarai barang yang ingin saya beli.
Keselamatan masih menjadi keutamaan.
[1] Beg duit saya simpan di poket jeans sebelah kanan. Saya tak akan
simpan dalam poket kecil di beg saya sebab kemungkinan untuk hilang
tetap ada.
[2] Kamera gantung di leher. Simpan siap-siap lense cover dalam beg.
[3] Telefon bimbit saya simpan di poket jeans sebelah kiri.
[4] Saya sentiasa memegang peta subway, T-money (kad prabayar untuk menaiki subway) dan buku itinerary kecil saya.
[5] Beg galas saya ada bekal (ketupat, serunding kesayangan dan telur
rebus) dan telekung mini. Air mineral dan botol kosong jangan lupa~
Destinasi pertama saya pagi itu adalah untuk Seoul Station sebab saya nak simpan luggage saya terlebih dahulu. Hasil belian semalam saya dah masukkan dalam luggage tu. Nak berjalan banyak tempat, lecehlah nak heret luggage tu. Lagipun nampak pelik! Di kebanyakan stesen subway, memang ada disediakan auto-pay locker
yang pelbagai saiz untuk kemudahan penumpang menyimpan barang sebab
jalan-jalan di Seoul sambil bawak barang kiri kanan memang tak best!
Tapi nasib tak menyebelahi saya hari tu. Kebanyakan locker ni penuh dan yang bersaiz besar kalau ada pun tak muat dengan luggage saya. Jadi anda boleh agak la yang luggage saya tu memang besarnya dah macam nak terbang balik ke Malaysia.
Disebabkan takut lupa dan sesat punya pasal, saya ambil beberapa gambar
supaya saya boleh ingat balik kat mana kedai tu. Seoul Station sangat
besar ok. Dah macam KLIA nun~. Jadi memang kena beringat masuk ikut
mana, keluar ikut mana dan lalu jalan mana.
Cuba tengok jam tu. Baru kat Seoul Station, dah cecah pukul 10 pagi. Sedihnyaa! |
Selesai urusan di Seoul Station, saya ke destinasi Pertama iaitu
Namdaemun Market. Ann beritahu saya Namdaemun Market ni ditutup pada
hari Ahad. Tapi masa saya sampai tu, Namdaemun Market ni sedang mula
dibuka. Banyak kedai masih ditutup tapi dalam tempoh setengah jam, saya
dapat rasa laluan Namdaemun Market mula meriah dengan penjual dan
pengunjung.
Saya memang memilih Namdaemun Market sebab dah buat survey,
memang membeli cenderamata di sini lebih murah berbanding Dongdaemun,
Myeondong atau Insadong. Namdaemun Market ni juga sangatlah besar,
panjang dan banyak lorong. Sekali lagi saya menggunakan kaedah mengambil
gambar supaya saya boleh ingat jalan datang saya.
Seronok rupanya berjalan sendiri ni. Kita tak terikat dengan sesiapa dan
tak perlu risau orang lain menunggu kita. Saya sempat berselisih dengan
beberapa orang solo dan duo traveler di Namdaemun Market. Mereka pun
macam saya, cuma bezanya mereka memang datang bercuti dari Malaysia.
Bila saya cakap saya pelajar dari Daejeon mereka kata saya punya benefit. Benefitlah sangat bro~ Makan tetap susah, sebab tu aku bawak ketupat dan serunding ikan mak! Haha
Namdaemun Market pun ada kedai kosmetik, tapi tak banyak macam Myeondong. Sebab tu orang cakap kalau nak beli barang kosmetik, belilah di Myeondong sebab lebih banyak pilihan dan lebih murah. |
Di Namdaemun Market, saya dapatkan tshirt I Love Korea untuk kesayangan-kesayangan saya di Malaysia. Di lorong mula-mula tu , tshirt I
Love Korea dijual pada harga KWN10,000 sehelai. Nasihat saya supaya
jangan terus beli. Kena jalan lebih sikit dan bandingkan harga. Memang
betul. Kedai-kedai di bahagain dalam Namdaemun Market sebenarnya menjual
tshirt tu dengan harga yang lebih murah. Saya dapat beli pada harga KWN10,000 untuk 3 helai tshirt. Macamana tu? Of course kita sebagai pembeli kena pandai survey dan jangan terlalu cepat membuat keputusan :)
Selebihnya saya dapat beli penanda buku yang cantik-cantik pada harga
KWN1000 setiap satu. Pun murah sebab di Daejeon, harganya mencecah
KWN2500.
Memang tak boleh lama-lama la di Namdaemun Market ni. Poket nipis, hati
sakit. Hahah. Matlamat saya sekarang ni adalah untuk pergi sebanyak
tempat yang boleh, tapi sekejap-sekejap sahaja. Nak rasa jeeee :)
Stesen subway ditandai dengan tangga menuju ke bawah. Jangan bimbang. Ramai orang, bersih dan selamat. |
Stesen berikutnya! |
Saya kembali ke Myeondong! Tapi kali ni melalui pintu lain. Nak rasa
cabarannya sendiri. Orang sangatlah ramai dan saya pun tak berhajat
untuk membeli apa-apa.
Sempatlah singgah Skinfood sekejap untuk menjamu mata. Rasanya Myeondong
hari kedua ni hanya untuk lawatan sahaja, bukan untuk membeli belah.
Selesai menyusur laluan Myeondong, saya terus kembali ke subway, mencari stesen Chungmuro.Stesen Chungmuro akan membawa saya ke satu lagi Hanok Village di Seoul selepas Bukchon Hanok Village. |
Oh ye. Namsan Park pun berada di sekitar Namsangol Hanok Village ni,
tapi saya rasa perlu ambil bas kalau nak ke sana. Maaflah, saya tak ke
sana sebab Dr. Jung dah pernah bawa masa student trip yang mula-mula dulu. Jadi saya tak pasti sangat. Huuu
Yang seronoknya, Namsangol Hanok Village ni tiada yuran masuk. Rasanya
semua Hanok Village yang saya pergi pun memang percuma. Bagus kan?
Gambar pintu masuk yang saya ambil dari dalam. Stesen subway Chungmuro hanya beberapa meter dan terletak di balakang bangunan coklat tu sahaja. Dekat sangat. |
Pintu masuk yang dapat anda lihat tu adalah pintu untuk ke dalam Hanok Village yang ada bangunan tradisi tu. |
Astaka yang menyediakan tempat duduk untuk penonton. |
Membuat dan mewarnakan topeng. Semua aktiviti ni akan dikenakan bayaran. |
Way out from the Hnaok Village. Ternampak anak-anak ni mengenakan alatan tradisi lama. Comel je. |
Please take note sebenarnya banyak sangat destinasi persinggahan saya. Yang saya catatkan di sini adalah yang paling outstanding dan saya dapat singgah lama. Kalau nak tulis semua, haruslah pembaca saya menyampah. Hahah~
Jom turun ke subway!
Sebenarnya kita tak perlu sesiapa pun untuk ajar naik subway ni. Apa yang hanya kita perlu buat adalah ambil masa dalam 30 minit malam sebelum memulakan perjalanan dan study skit tentang pathway ni, Insya Allah dah boleh faham. Kalau saya yang penakut dan tak berapa yakin ni boleh buat, saya yakin anda lagi boleh buat.
Destinasi seterusnya adalah destinasi impian saya.
Itaewon!
Itaewon terkenal dengan hub migran asing dan kebanyakannya didominasi
oleh komuniti Islam Timur Tengah. Jadi tak hairanlah kalau Itaewon
menjadi syurga bagi mendapatkan makanan halal sedia masak ataupun bahan
mentah seperti ayam dan daging.
Memang banyak kedai makanan halal di sini. Tapi untuk makan di sini, tak termasuk dalam itinerary saya. Lagipun tak berbaloi sebab saya seorang.
Gambar sekitar mendaki ke Masjid Itaewon. Boleh tahan juga mengahnya nak
menjejak masjid ni. Tapi demi azam peribadi, saya gagahkan juga. Pada
saya- Alang-alang dah jejak Seoul, memang kena usaha sampai ke Masjid
Itaewon ni! Tak gwiyomi lah kalau tempat membeli belah semua boleh jejak, nak rasa solat di sini bukan main lagi banyak alasannya.
Paling saya berhajat besar, saya nak singgah beriktikaf dan bersolat di
Masjid Itaewon. :) Kebetulan saya sampai tu dah pukul 4 petang. Molek
sangat untuk saya solat jamak ta'akhir di situ.Tempat solat wanita terletak di bahagian atas. Tapi sebelum tu, ambillah wuduk siap-siap sebab tandas dan tempat wuduk terletak di bawah. |
Masjid Itaewon terletak di atas bukit,jadi kita boleh nampak kawasan sekitar Seoul dengan jelasnya. |
Dalam perjalanan turun. Saya tak sempat jamak taqdim Maghrib dan Isyak
di sini sebab mengejar masa untuk kembali ke Seoul Station. Nak berjalan
lagilah memakan masa. Saya tak suka tergesa-gesa, jadi saya bergerak
awal. Nanti solat jamak akan saya lakukan di Seoul Station.
Matahari dah mula terbenam. Memang alang-alang dan sedih sangat tak dapat solat di masjid. Tapi apakan daya, saya pun musafir mengejar masa. :( |
Saya sempat cakap yang saya faham perbualan mereka tadi dan mereka sangat terkejut dan gembira sambil terus berbual dengan saya dalam Bahasa Arab. Masya Allah, mereka sangat ramah!
Apabila saya minta diri untuk ke subway, mereka ajar saya bagaimana untuk ke Seoul Station dengan menaiki bas. Mereka mengajar saya dengan bersungguh-sungguh sampai sanggup melukis peta. Kata mereka, kalau naik subway, saya perlu berpatah balik dan perlu transit ke laluan lain. Kalau naik bas, sekali je, terus sampai Seoul Yok. (Seoul Station)
Jalan yang saya lalui untuk menunggu bas. Mula-mula memang gementar
juga. Tapi saya fikir saya nak cuba juga sebab lepas ni dah tak tahu
bila lagi akan sampai ke sini.
Semasa menunggu bas, ada seorang lelaki berwajah Asia menunggu bas. Saya maniskan mulut bertanya untuk confirmkan balik betul ke bas ni akan ke Seoul Yok.
Lelaki itu sangat membantu. Sambil menunggu bas, dia sempat bertanya
perihal saya dan sebaliknya. Dia memperkenalkan diri sebagai seorang
pensyarah di kawasan ini dan berasal dari Filipina.
Semasa bas saya sampai, dia yang tolong cakapkan pada pemandu bas tu
supaya turunkan saya di Seoul Yok. Alhamdulillah musafir saya
dikelilingi oleh orang yang baik-baik dan mulia sekali.
Sampai di Seoul Yok, saya tidak terus mengambil beg. Masa tu lebih
kurang jam 6 petang. Saya ambil wuduk dan solat jamak taqdim di tepi
tempat menunggu yang agak tersembunyi. Alhamdulillah syukur.
Jam 7 malam, kesemua 7 orang kami sedia untuk menaiki tren dan berlepas pulang ke Daejeon.
Suasana dalam tren. Oppa yang tidur mati tu telah menyebabkan Che tak dapat keluar semasa kami tiba di Daejeon Station. Hahaha. |
Alhamdulillah kami selamat sampai ke Daejeon jam 9.30 malam dan memang just nice
dapat bas akhir untuk balik ke kampus. Nampak macam kerja gila, tapi
Allah je tahu betapa saya gembira dapat mencedok pengalaman dan
pengajaran dalam rehlah ini.
Terima kasih kerana membaca.
Saya akan terus menulis entri Korea yang seterusnya. Doakan saya terus berjaya dan gembira dalam redhaNya.
Salam sayang,
Dhiya
No comments