Travelog Korea- Shopping di Daejeon- Menangis! (Repost)

Mana tak haru tengok semua ni.
Rasa nak rembat, tapi harganya 3 kali ganda dari Malaysia. Oh ye. Untuk pengetahuan, KWN 1000 bersamaan dengan +- RM3 Malaysia. Kat sini tak main harga  kupang-kupang. Paling murah tak kiralah makanan ke, barang ke adalah KWN1000. Kalau KWN ratus-ratus tu mungkin bawang sebiji atau sate ikan secucuk. Heh!

Menangis!

Kicap saja dah KWN5000. Cuba la tukar ke duit Malaysia. Sebab tu kami semua sedang craving for sambal kicap. Sambal kicap jeeee~
Kebanyakannya produk Indonesia. Jangan mintak Brahmin atau Adabi kat sini. Tak ada.
Sos cili Kimball! Sekarang makan roti telur kosong je gara-gara sos cili yang sebegini harga.
Kelapa pun ada.
Alicafe, anyone? Patut bersyukur duduk Malaysia. Tahu~
Alitea Classic Fahrin Ahmad! Ooooh~!
Maaf cakap, kos hidup di sini memang agak tinggi. Tapi kami difahamkan gaji mereka pun berada dalam julat yang tinggi. Namun masih, mereka kekal dengan prestasi dan produktiviti yang boleh dibanggakan. Sebab tu Korea maju dan cepat dikenali...Bukan hanya kerana K-Popnya, tetapi juga kerana budaya kecemerlangan mereka.

Salam inspirasi,
Dhiya

2 comments

  1. Barang dia mahal. Gaji dia julat tinggi. Sbb tu mereka mampu kan.. Kalau malaysia kicap rm15... Pengsannn woo .

    ReplyDelete
  2. ayu zan,
    kalau kicap RM15 kat malaysia, banyaklah demo2 jalanan yang menonjolkan mentaliti rakyatnya :(

    ReplyDelete