Segmen Ben Ashaari : Impian Ku , Seorang Blogger !


Bismillah

Inilah kali pertama saya menyertai Segmen Ben Ashaari yang boleh dikatakan sebagai 'sifu' saya dalam diam. Huuu
Mari.
Pendekkan masa.
Nama diberi Dhiya. Berasal dari Pahang, tapi ramai yang tak percaya.  Saya mula berblog sejak tahun 2011. Mulanya, saya banyak berkongsi tentang perasaan. Tetapi lama-kelamaan saya sedar yang DDD punya potensi dan boleh pergi jauh lagi. Sejak dari itu, DDD mula keluar dari kotak sempit dan mula menulis tentang pelbagai perkara termasuklah pengalaman melancong, tips dan review tentang produk. Antara kelebihan dan keunikan DDD adalah penggunaan bahasa yang sempurna- iaitu tidak menggunakan singkatan dan tidak dipengaruhi oleh slang yang merosakkan bahasa. DDD juga tidak pernah mendedahkan wajah penulisnya kerana saya mahu DDD dikenali kerana isi penulisaanya, bukan pada wajah pemilik blog.
Saya bercita-cita untuk menjadikan blog sebagai salah satu sumber pendapatan yang boleh menampung hidup saya. Sebagai seorang wanita, saya cuba menjangkakan masa hadapan yang penuh dengan keluarga, dan bukan bekerja semata-mata. Jadi jika ditakdirkan saya menjadi suri rumah sepenuh masa kelak, saya mahu DDD ini bukan sahaja menjadi hobi, tetapi mampu menjana pendapatan.
Selain itu, saya mahu melihat DDD 'pergi jauh' seiring dengan blogger-blogger hebat lain. Hm...Macam mustahil, tapi saya akan cuba, kerana saya memang amat meminati bidang penulisan :)

Insya Allah!

Impian yang kecil
Usaha yang bersungguh-sungguh
Ada hasil labanya nanti

Dhiya

11 comments

  1. alhamdulillah...saya jatuh hati dengan konsep penulisan blog awak...tak ramai yang boleh tegar menulis penuh...teruskan berblog ya! :)

    ReplyDelete
  2. Wow dasat.. Heee.. Saya tolong aminkan..ameen..

    ReplyDelete
  3. Cita cita kita nak raih pendapatan dari blog adalah sama.

    ReplyDelete
  4. Assalam,
    salam perkenalan dari saya blogger baru..
    epy bersegmen jugak yer..
    harap dapat berkenalan dan menyokong saya yer...
    jemput singgah yer :
    http://aryshafayyadh.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html

    ReplyDelete
  5. Salam ukhwah fillah
    Ade singgah... semoga berjaya

    http://bimbinganbelajar29.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html

    ReplyDelete
  6. Hai, Ros singgah sini dari segmen yang sama. done follow #392
    http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html

    ReplyDelete
  7. Weeee... DayangDeno datang dan terus folo sini no393...^_^ Jom ke blog DayangDeno? :)

    www.dayangdeno.com

    ReplyDelete
  8. Weeee... DayangDeno datang dan terus folo sini no393..^_^ Jom ke blog DayangDeno? :)

    www.dayangdeno.com

    ReplyDelete