Bismillah
Baru nak kongsi gambar masa mula-mula sampai. Dah basi seminggu.
Penerbangan Korean Air kami selamat sampai jam 7 pagi waktu tempatan.
Urusan imegresen dan lain-lain tu lama juga. Dr. Jung yang menunggu kami
pun katanya dah menunggu lebih 2 jam. Kami juga diberitahu oleh beliau
yang perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon mengambil
masa lagi 3 jam untuk sampai ke Daejeon.
Mujur, bas yang membawa kami tu cukup selesa. Mula-mula duduk, teruja
juga nak ambil gambar pemandangan kiri kanan bas. Rasanya tak sampai
sejam, saya hanya memilih untuk tidur. Masa turun makan di RnR (kut),
saya tak turun. Tidur lagi best kot~
The arrival |
Antara pemandangan dari dalam bas. |
Masa ni kami jalan-jalan di Yuseong, tempat macam pasar jual barang harian. Tapi kebetulan masa tu cuti umum, tempat tu lengang. |
Kiri dan kanan kami banyak kedai-kedai kecil macam ni. |
Cuaca baik. Rasanya macam lebih kurang Malaysia. Tapi untuk pengetahuan, 4 hari selepas ketibaan kami, suhu dah cecah 14 darjah. Sejuk macam Korea. Muahaha! |
Cerita J Buffet akan saya kongsikan dalam entri berikutnya. Insya
Allah. Kita tengok dulu macamana kesibukan minggu ini. Minggu baru,
kelas baru, pengajar baru.
Salam rindu,
Dhiya
bestnyeeeeee pi Koreaaaa
ReplyDelete