Seoul Korea: N Seoul Tower (Repost)


Bismillah

Tak habis lagi cerita Seoul~

Ok janji, ini adalah entri perjalanan Seoul saya yang terakhir dengan Dr. Jung. Cerita backpacking saya tu kena tunggu entri lain pula. Malah itu akan lebih mencabar sebab saya bergerak sendiri. Oho!
...Dari Insadong, kami menaiki bas ke N Seoul Tower, Seoul which is sangat sangat terkenal. Kalau ke Seoul tapi tak jejak kaki ke sini, memang boleh kata total failure lah~ Tempat ni sangat besar sebenarnya. Tapi to cut it short, saya cerita teruslah pasal N Seoul Tower. Insya Allah cerita pasal kawasan ni saya akan kongsikan semasa lawatan backpacking saya nanti.
N Seoul Tower ni adalah observatory tower di tengah-tengah Seoul yang membolehkan kita melihat seluruh bandar besar itu dari atas.
Gambar diambil dari dalam bas. Pemanduan agak smooth, tapi memang terasa naik bukitnya. Sebenarnya boleh je kalau nak berjalan atau menaiki cable car...Tapi kami pun muka dah keletihan. Bas pun dah termasuk dalam pakej...Naik jelah terus ke atas dengan bas tu.
Masa ni dah dalam pukul 4. Matahari dah condong ke Barat. Biasalah...Korea ni jam 5.30 petang kan dah gelap gelita. Dan paling 'panas', kami masih belum solat jamak. Memang berharap sangat adalah tempat nak solat di sini. Dua tempat lawatan kami tadi memang agak susah nak solat sebab tiada tempat bersih.
Sunset!
Walaupun bas persiaran kami dipandu hingga ke atas, tapi kami masih perlu berjalan untuk sampai ke dataran N Seoul Tower. Boleh tahan juga penatnya. Tapi apabila 'dipujuk' dengan pemandangan cantik macamni, terubat juga segala kepenatan tu :)
Kawasan dataran berhampiran dengan N Seoul Tower.
And this is one of the most famous identity in Korea! Masa ni dah telan air liur sebab terfikir possible ke nak sampai ke puncak tu? Eh orang gayat memang selalu macamtu kan~!
Macam saya cakap tadi, tempat ni sangat terkenal. Ia diisytiharkan sebagai 100 tourist attractions Korean must visit. Ahai bukan setakat Korean lah. Siapa-siapa yang datang Korea- Malaysia, Indonesia, England, Afrika- pasti tak akan lepaskan peluang jejak kaki ke sini.
Pintu masuk N Seoul Tower
Oh ye di sini ada Teddy Bear Museum. Tapi disebabkan tak termasuk dalam itinerary,kami tak jejak pun tempat tu. Ini adalah kedai cenderahati yang berasaskan teddy bear. Itu pun saya tak masuk sebab saya ternampak nursing room. Jadi apa yang saya fikir hanyalah solat. (Macam biasa, inilah tempat solat saya kalau outing selama di Korea) Kamera pun saya serahkan pada rakan. Jadi gambar-gambar teddy ni semua dia yang snap. Terima kasih Dr. Jung yang beri kami masa 15 minit untuk solat!
Gambar dalam lif? Tak ada. Jangan tanya. Semasa menunggu lif lagi rakan-rakan saya dah usik macam-macam. Dr. Jung sendiri pun kenakan saya. Nasib baik Tan pinjamkan tangannya untuk saya peluk selama berada di dalam lif. Bencinyaaa jadi gayat!
Dan inilah pemandangan pertama yang saya lihat. Subhanallah. Cantiknya. Teringat masa naik Menara Taming Sari Melaka. Macamni lah rupanya, cuma saya yakin N Seoul Tower lebih tinggi!
N Seoul Tower bukan sahaja memberi ruang untuk kami melihat pemandangan. Ia juga menyediakan ruang untuk ingatan kepada yang tersayang. Untuk rakan-rakan yang saya minta alamat anda, di sinilah saya beli, isi dan poskan poskad anda. Tolong jangan terharu. Haha~!
Harga poskad bergantung kepada corak dan rekaan, antara KWN1000- KWN2000. Setem untuk pengeposan antarabangsa adalah KWN400. Kalau tak silap untuk poskad KWN2000, setem dengan harga tempatan dah disediakan. Kalau nak dipos ke negara lain, memang perlu tambah setem dengan kos sendiri.
Antara gambar kegemaran saya. Gambar orang gayat memang selalu mengecewakan. Tapi rasanya yang ni not too bad. Cuma tak cukup zoom kut, sebab sebelah tangan dah pegang besi penghadang. Gayat punya hal!
Subhanallah, cantik sangat!
Malaysia is 4,596.51 KM away~!
Tunggu! Rasanya ini adalah satu-satunya gambar dalam lif yang saya ambil dengan sebelah tangan berpaut pada tangan Tan. Bahagian atas lif N Seoul Tower ni ada macam info dalam bentuk grafik yang sangat menarik, dan mungkin juga tujuannya adalah untuk melekakan orang gayat macam saya ni dari gelabah. Masa ni dah dalam perjalanan balik.
Luar menara. Sempat spent dalam 15 minit sahaja di kawasan padlock ni. Romantik? Kut la...orang single memang tak ada perasaan~
Pemandangan N Seoul Tower dari sudut lain.
Heart Chair ni? Punyalah ramai pasangan beratur semata-mata nak duduk di situ dan ambil gambar. Orang macam saya ni memang tak ada can lah~ Bagi mereka tempat ni romantik kut. KUT...
Kalau datang sini, tak payah susah-susah bawa padlock dari Malaysia. Beli saja di sini. Lepastu ha...sangkutlah kat mana-mana. Tapi kalau rasa nak kuat sikit dan perlukan rantai basikal tu, bolehlah bawa dari Malaysia ok. Ceh~ Tak ada motif sungguh. (ayat orang dengki)
Weh siap ada nombor lagi. Rasanya the moment I can break the number, cinta mereka pun pasti akan terlerai. Wakakaka!
Dah beransur malam. Jom kita balik Daejeon!
Selamat tinggal Seoul. Kami akan datang lagi!
Kalau tak silap, kami bergerak pulang dalam pukul 6.30 petang. Perjalanan ke Daejeon mengambil masa lagi 3 jam. Tak sampai setengah jam di dalam bas, semua pun tertidur kepenatan.
Alhamdulillah. Cerita Seoul, siri bersama Dr. Jung dah selesai. Kita tunggu apa pula cerita seterusnya! Tunggu tau!
Salam sayang, 
Dhiya

2 comments

  1. bestnyaaaaaaaaaaa .. meleleh air mata baca entry nie.. sebab jelous terlajak .. huargghhhhhh .. nak pergi korea .. :(

    ReplyDelete
  2. Hahah... orang single memang selalu feelingless.... hahahaha XD. Okay, saya tunggu entry akan datang. ^_^

    ReplyDelete