Travelog Korea- Makan apa? @ Daejeon (Repost)


Bismillah


Tak mahu banyak komen tentang makan.
Alhamdulillah setakat hari ini, saya masih punya makanan yang bersih lagi mengenyangkan.
Rasanya semua dah tahu akan cabaran mendapatkan makanan halal di negara ginseng ini. Sejak 2 minggu lepas, kami masih belum menyuap sebarang daging ke dalam perut. Walaupun kami berpeluang untuk berkenalan dengan komuniti pelajar KAIST yang berjiran dengan kami, tetapi mereka sendiri pun tidak mempunyai stok ayam atau daging yang banyak untuk dijual kepada kami.
Saya berpeluang berkomunikasi dengan ahli jawatankuasa Islamic Center of Daejeon, ICD. Beliau menyatakan ICD hanya menjual bekalan daging halal pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, itupun ada masa-masa tertentu. Lebih mengharukan, ICD terletak lebih kurang 40 minit berjalan kaki dari tempta kami. Kalau nak ke sana, memang kena rancang awal-awal.
Bagi menghadapi cabaran ini dengan tenang, saya ikhtiarkan juga makanan-makanan Melayu yang mudah. Alah. Bukan ada suami dan anak lagi untuk disuap makan. Jadi saya hanya masak ala kadar sahaja, cukup untuk kenyangkan diri sendiri.
Barang-barang basah seperti sayur, ikan, telur dan tepung agak mudah didapati. Kedai hanya terletak lebih kurang 15 minit jarak berjalan kaki. Harga? Agak mahal, tapi apa boleh buat. Kalau telur ayam tu boleh letak dalam luggage dari Malaysia, dah lama saya buat~
Selebihnya macam serbuk perasa, ketupat, serunding ikan dan sambal bilis tu memang saya dah bawa siap-siap dari Malaysia.

Roti John (kut). Memandangkan sos cili di sini sangat mahal, jadi cicahkna saja dengan serunding. Nak hidup punya pasal.
Ini menu makan tengahari saya hari ini. Oh ye, roti saya beli di sini. Insya Allah diyakini suci :)
Ketupat ni saya rebus sebagai bekal untuk ke O World tempoh hari. Pergi dengan rakan-rakan berbangsa Cina. Jadi saya tak mahu susahkan hati dengan perkara-perkara sebegini. Apa lagi. Malam sebelum pergi, saya rebus 3 ketul, bawa 2 paket serunding ikan. Jimat makan tengahari :p
Er...Kadang-kadang saya terbabas juga makan Maggi. Kalau lapar sangat, boleh mintak air panas di mana-mana. Selalunya mereka ada kedai macam 7-11 tu yang menyediakan air panas. Ini lunch pack saya semasa ke O World. Makan pun tepi jalan je, sambil tunggu bas. Ini baru namanya mencabar!
Makan sambil duduk di kaki lima tepi pondok bas. Pakwe-pakwe Korea lalu, semua pandang. Ah...Lantak! Hahaha!
Sejak menjadi warga sementara bandar kecil Daejeon ni, kehidupan saya memang banyak berubah. Saya mula menghargai setiap detik survival yang saya lalui.
Sungguhlah, hidup di Malaysia- dalam zon selesa- penuh manja telah menjadikan kita sebagai isinya yang hanya menerima, tetapi jarang sekali untuk memberi.
Banyak sangat hikmah dan pengajaran yang saya pelajari di sini.
Jauh di sudut hati, saya teringin berkelana jauh dari Malaysia untuk PhD nanti.
Moga Allah dengar dan bantu.

Salam sayang,
Dhiya

1 comment

  1. Seronoknya.. Nampak sukar mengharunginya..tp mesti rindui kenangan ni bila da blil malaysia nnt.

    ReplyDelete