Bismillah
Sebelum sampai, Prof. Jung bawa kami makan.
"Makan kenyang-kenyang"
Mungkin itu niatnya sebab dia tahu kami akan merindui makanan sedap untuk beberapa minggu mendatang. Hahah~
J Premium Buffet ni menyediakan menu pelbagai. Prof. Jung cakap, semua
senior kami dibawa makan di sini sebab ada di kalangan kami (Muslim
terutamanya) adalah isu dalam pemilihan makanan.
Regardless of the other menu, kami hanya makan mana yang boleh dimakan. Kalau nak jadi particular sangat sampai nak fikir bekas makanan dan periuk belanga yang digunakan, apa pun tak boleh masuk ke dalam perut.
Insya Allah kami sudah dan sedang berusaha yang terbaik untuk mencari
makanan halal di sini. Kami juga sekarang ni memasak sendiri. Selebihnya
kami hanya berserah dan bertawakkal. Mudah-mudahan Allah mudahkan hidup
kami di sini. :)
Pintu masuk |
Ketam. Ha kau~ |
Buah-buahan. Sejak lepas makan di sini, saya masih belum jumpa lagi buah-buahan dalam menu makanan. Ooooolahai! |
Salad |
Ann dengan ketamnya |
Prof. Jung |
Menyelerakan? Hm. Tapi saya tak ambil ni |
Pusing-pusing dan ambil gambar. |
Sushi! |
Waffle! |
Ok. Sekarang sedang lapar. Menunggu jam 6 petang untuk makan malam di cafe. Kimchi hari-hari dah buat wajah saya licin. Hahaha.
Salam sayang,
Dhiya
ketam dgn waffle aiskrim nmpak sgt menyelerakan..terliur tgk..
ReplyDelete