Bismillah...
Lamaaaa sangat tak sambung cerita Korea ni. Tapi jangan bimbang, siri
pengalaman saya ini akan habis dalam masa terdekat sebab hanya tinggal
beberapa folder sahaja lagi yang belum saya buat review.
Selebihnya Insya Allah saya akan kongsikan secara sambilan- Termasuklah gaya hidup saya di sana dan review beberapa produk istimewa seperti Produk Skinfood dan cenderamata yang menarik.
------------------------------------
Ini adalah lawatan pertama dalam bulan November. Berbaki 2 minggu
sebelum pulang ke Malaysia, aktiviti kami penuh samada memang dirancang
oleh pihak kolej mahupun kami yang memenuhkannya sendiri.
Korea memang sebuah negara yang unik. Saya sangat bangga kerana terpilih
menjadi duta kecil yang membawa nama negara dan dalam masa yang sama
diberi peluang meneliti budaya dan ketamadunan negara ginseng ini.
Kali ini kami dibawa ke Korean Folk Village yang terletak lebih kurang
tiga jam perjalanan dari Daejeon. Walaupun perjalanannya agak panjang,
tapi saya tidak pernah bosan kerana musim luruh ketika itu sangat
memberikan pemandangan yang cantik :)
Kawasan letak kenderaan di Korean Folk Village. Agak lengang sebab kami datang pada hari bekerja. |
Sangat seronok dengan warna daun yang bertukar kuning ni. Maha Suci Allah yang menciptakannya! |
Kawasan luar Korean Folk Village. Nampak macam sebuah perkampungan tradisional dahulukala kan? |
Memang. Memang Korean Folk Village berkonsepkan begitu. Ini baru nampak
di luar. Kalau di dalam lagilah uniknya. Terasa macam betul-betul berada
dalam zaman yang lain! Korean Folk Village ini juga terkenal kerana
banyak penggambaran filem mereka dilakukan di sini. Tapi disebabkan saya
bukan orang yang 'gila' cerita Korea sangat, jadi saya tak tahu banyak.
Dr. Jung ajak kami semua makan tengahari dulu. Macam biasa, kami tak boleh expect makanan
yang sedap-sedap dan ikut citarasa kami. Tapi disebabkan dah biasa,
kami boleh juga sesuaikan diri dengan makanan tempatan yang berasaskan
sayur dan ikan.
Bimbimbap- Nasi + Sayur + Telur ikan. Alhamdulillah :) |
Tengok. Betapa tak ramainya orang! Kami boleh main keja-kejar lagi. |
Suasananya memang tak boleh diungkapkan. Cantik, damai dan indah. Maha
Suci Allah yang menciptakan dunia ini cukup sempurna- Tapi masih kita
terus-terusan membuat kerosakan :(
Kampung tradisi. Mungkin itu boleh menerangkan Korean Folk Village dengan tepat. Huuu. Kalah hanok village dan Nami Island.
Di sini, daun-daun sedang galak bertukar warna. Sebab tu dapat tengok
daunnya masih ada hijau-hijau dan sedang bertukar menjadi kuning
keemasan. Kalau di Daejeon, masa ni banyak daun dah mula gugur dan
bersedia untuk musim salji.
Kalau siapa yang tak tahu, inilah pokok Ginkgo. Cantik kan? Tapi pokok
ni 'busuk'. Kalau terpijak buahnya yang jatuh, tapak kasut kita akan
berbau busuknya. Hihi. Tapi Dr. Jung cakap mereka tetap anggap pokok
Ginkgo sebagai 'baik' sebab baunya yang busuk itu telah dapat menghalang
serangan serangga seperti nyamuk dan lalat. Sebab tulah pokok ini
banyak terdapat di kawasan kediaman dan juga sekolah. Hm..~
Salah satu rumah tradisi yang ada dalam Korean Folk Village. Ini memang rumah betul tau. Bukan replika atau miniature. |
B-Boy Dance. Saya tak tahu kenapa namanya begitu. Tapi tarian ni unik sebab pergerakan mereka lebih kepada pergerakan kepala. |
Masa untuk persembahan! Persembahan pertama yang kami tonton adalah
B-Boy Dance. Menarik sangat! Mereka bermain alat muzik dan menari dengan
rentak dan pergerakan kepala yang seragam.
Saya dan Angel cuba untuk ambil feel di tempat flogging ni. Hew! Penyebatnya pula bukan main besar! |
Ini macam...erm... kawasan atau bangunan pentadbiran. Di kawasan lapang tu adalah tempat untuk menjalani hukuman sebat (flogging) atas kesalahan-kesalahan tertentu.
Selain itu, kami juga melihat tempat tahanan (penjara) yang diperbuat
daripada kayu kukuh. Saya berpeluang masuk ke dalam kurungan tu. Huhu.
Bentuknya memang macam dalam cerita lama-lama tu. Mereka sangat menjaga
keaslian bentuk barang-barang dalam Korean Folk Village ni :)
Antara sudut menarik dalam Korean Folk Village. Bangunan lama, tapi sangat klasik dan terpelihara. |
Cuaca sangat baik. Selama kami di Korea, jarang sekali hujan. Tapi ada
juga sekali sekala. Hujan di sini tidak lebat, tetapi selalunya
berlarutan. Masa tulah feeling-feeling romantik macam dalam drama Korea yang romantik-romantik tu. Muaha!
Traditional Market Place juga terdapat dalam Korean Folk Village ni. Ia menjual barang-barang tradisional dan juga cenderamata. :) |
Golden leaves of Ginkgo! |
Acrobatic on a tightrope |
Seterusnya kami sempat menonton persembahan acrobatic on a tightrope. Pakcik ni bukan main hebat lagi berjalan atas tali dan hanya mengimbangkan diri dengan menggunakan kipas. Haha.
Adik-adik sekolah tadika yang comel-comel. Yang seorang tu caught in action pulak~! |
Antara watak-watak pelakon yang menjalani penggambaran di sini. |
Salah satu pemandangan yang sangat cantik di Korean Folk Village. |
Dalam kawasan ni juga ada kawasan-kawan ritual mereka. Dan pastinya saya
tak ke sana untuk buat sebarang catatan. Kawasan ini terlalu 'sempurna'
untuk tidak berbuat apa-apa kecuali merehatkan minda.
Secara peribadi, inilah tempat yang kami tak jumpa orang Malaysia langsung! (Mungkin kebetulan)- Which make us very special and free to shout our own language. HahaPublic Market |
Ada satu kawasan tu, ia merupakan tapak penggambaran sebuah drama yang
agak terkenal saya fikir- Sebab ramai yang masuk ke situ. Saya dan Angel
tidak melepaskan peluang masuk dan kami mencuba pakaian tradisi orang
Korea (Hanbok) secara percuma!
Macam saya ceritakan sebelum ni, kita kena pandai cari tempat untuk
pakai Hanbok ni. Kalau yang kena bayar tu, baik tak payah. Ada banyak
tempat yang menyediakan pemakaian Hanbok secara percuma. Untuk bergambar
je pun.
Tapi dalam kes kami ni, sebab tak ramai orang- Saya dan Angel siap boleh
berlakon dan berlari-lari dalam kawasan tu dengan memakai Hanbok.
Terasa sangat comel dan tak malu. Haha! Gambarnya ada, tapi macam biasa-
Saya berpendirian untuk tidak meletak gambar sendiri dalam blog ini :)
Paling-paling pun, gambar ini je yang boleh diletak. :p |
Kucing Korea. |
Seterusnya kami menyeberangi jambatan dan ke muzium tradisi mereka.
Banyak benda yang saya belajar dari lawatan ke muzium ini.
Sekurang-kurangnya- Tahu budaya dan cara hidup mereka.
Pintu masuk muzium. |
Makanan tradisi orang Korea. |
Antara makanan istimewa mereka bersempena dengan perayaan tertentu. |
Pakaian sewaktu musim sejuk. |
Makanan pada waktu musim sejuk. |
Selesai berjalan di dalam muzium, kami keluar semula untuk menonton majlis perkahwinan tradisi orang Korea.
Tapi sementara tu, kami masih sempat menikmati pemandangan indah yang terbentang di depan mata.
Scholar's House |
Memang saya dapat rasakan feel kalau buat penggambaran di sini. Nampak real dan cantik!
Sempat ambil gambar telatah kembar Korea ni. |
Ok bergegas kembali menyeberangi jambatan dan menunggu upacara perkahwinan tradisi orang Korea!
Saya tak boleh nak terangkan sangat upacara mereka ni sebab setiap satu
upacara ada signifikannya yang tersendiri. Unik dan satu pengalaman baru
bagi saya :)
Pengantin lelaki (konon-konon je ni tau~) |
Pengantin perempuan (konon-konon juga) |
Siap ada 'tok kadi' dan pengapitnya sekali. |
Tapi saya teringat cerita Torres semasa saya di Seoul dulu, perkahwinan
tradisi ni macam dah dilupakan. Ramai orang memilih untuk melangsungkan
perkahwinan secara moden dan dibuat di hotel-hotel. Semasa saya ke Seoul
dulu pun, saya sempat melihat perkahwinan moden di hotel tempat Torres
letak kereta dia.
Samalah juga di Malaysia kan...Ramai yang dah mula memilih untuk memodenkan majlis perkahwinan seiring dengan arus masa.
Masa untuk berkumpul. Masa dah tamat dan kami akan menaiki bas untuk balik ke Daejeon!
Bengkel seni kayu tradisional. |
Alhamdulillah banyak sangat pengalaman yang dapat dikutip semasa lawatan
ke Korean Folk Village ni. Terima kasih Allah sebab bagi saya peluang
sebegini luas.
Terima kasih juga kepada yang sudi membaca satu daripada entri yang panjang ini. Maaf kalau anda bosan. Huhu.
Ada sedikit-sedikit lagi cerita Korea yang saya teringin nak kongsikan di sini. Insya Allah. Nanti :)
Salam sayang,
Dhiya
Subhanallah..viewnya sgt cantik..:-)
ReplyDelete