Bismillah
Hari ini saya nak menyingkap memori menaiki pengangkutan awam semasa di
Korea. Saya boleh dikira sangat bertuah semasa di Malaysia. Dari sejak
tahun 3 pengajian di UM, saya dipinjamkan sebuah kereta. Apabila
bekerja, saya dapat memandu ke pejabat kerana jarak yang sangat dekat.
Apabila kembali belajar, saya masih berkereta. Balik kampung cuti
semester, balik raya- Memang tak payah cakap. Zaman beratur beli tiket
ni macam dah berlalu. Saya bergerak dengan Baby K kesayangan saya.
Ketika saya di Korea, saya tahu saya perlu berdikari. Pengangkutan awam
akan menjadi medium utama untuk saya bergerak. Nak pandu dan menaiki
kereta memang mustahil di sana, ditambah dengan lorong pemanduan yang
berbeza dengan Malaysia.
Sebab tu, sebaik sampai di Korea- Sasi telah bantu kami untuk beli
T-Money pada harga KWN12500 kalau tak silap. Di dalamnya siap ada kredit
lebih kurang KWN10000 (Maaf lupa sangat) bagi memudahkan kami bergerak
menggunakan pengangkutan awam di Daejeon.
T-Money ini sangat istimewa, berguna lagi membantu. Setiap bas awam di
bandar Daejeon ada satu panel yang hanya memerlukan penumpang mengimbas
T-Money ini dan tambang KWN1100 (kadar rata) akan ditolak dari kredit
kita. Jika kita perlu menukar bas, kita perlu mengimbas kad sekali lagi
sebelum keluar dan mengimbas masuk pula ketika memasuki bas baru. Kalau
pertukaran bas ini berlaku dalam tempoh kurang 15 minit, kita tak akan
dicaj KWN1100 lagi. Paling bagus, kekerapan bas mereka memang tidak
pernah lebih dari 15 minit. Jadi sesiapa sahaja yang menaiki bas, 10
kali tukar pun- Kalau kurang dari tempoh 15 minit, tambangnya adalah
malar iaitu KWN1100. Bagus kan?
Lebih bagus, kad ini juga boleh digunakan ketika melalui panel Subway bawah tanah di seluruh bandar Daejeon!
Maknanya- Kalau kita nak tukar BAS-BAS atau BAS-SUBWAY atau SUBWAY-BAS
atau SUBWAY-SUBWAY- kalau dalam tempoh 15 minit, tambang kita sampai ke
sudah hanyalah KWN1100.
Nak lagi? T-Money juga boleh digunakan untuk membeli barang-barang di
GS25 terutamanya di dalam stesen Subway. Tak payah terkial-kial nak buka
dompet sambil barang dan beg digalas kiri kanan tangan.
Senang.Pengsan.
Bukan hanya di Daejeon. Di Seoul juga begitu. Seluruh laluan Subway Seoul yang berselirat tu saya dah habis jelajah dengan menggunakan T-Money.
Kalau tak ada T-Money?
Terserah.
Boleh guna syiling. Tapi kalau kena tukar 3-4 kali bas, setiap naik bas
tu kita perlu masukkan duit ke dalam tabung automatiknya. Maknanya kita
tak dapat menikmati perjalanan percuma walaupun kita tukar bas lain
dalam tempoh kurang dari 15 minit.
Rugi!
Kalau di Subway pula, kita perlu beratur untuk beli token macam yang Malaysia sedang laksanakan sekarang ni. Leceh untuk traveler macam kita.
Jadi saranan saya kepada pelancong Malaysia yang akan ke Korea, belilah
T-Money ni supaya perjalanan anda mudah dan cepat. Letak dalam card casing yang ada lanyard- Gantung kat leher.
Kad ni ada dijual dan boleh ditambah nilai di GS25 (macam Seven-Eleven)
Mereka pun ada Seven-Eleven. Selalunya kedai-kedai macamtu akan ada jual
T-Money.
Ada sesiapa yang akan ke Korea dalam masa terdekat? Selamat mengembara.
Jangan lupa untuk ambil sebanyak mungkin pengalaman dan pengajaran baik
dari sana. Saya pun sangat merindui Korea terutamanya bandar kecil
Yuseong dan Daejeon. Amat. Rindu.
Salam sayang,
Dhiya
ala letak gambar byk sikit. hehe
ReplyDelete