Bismillah...
Entri ini agak terperam lama. Masuk minggu ketiga hingga minggu keenam
(minggu hadapan), saya sangat sibuk. Tiga minggu ini hanya untuk fermentation sahaja. Sampai perlu stay back sampai jam 9 malam untuk test sample.
Hari raya pun kami gasak berkampung di dalam makmal. Tiga minggu ni memang tak best!
Kali ni saya nak kongsikan pengalaman saya ke Nami Island pada 4 Oktober
2013 bersamaan dengan hari Jumaat. Ramai yang mengirim pesan antaranya
berbunyi seperti berikut:
"Wah D....Bestnya dapat pergi Nami Island. Romantik gila tempat tu. Untungnya dapat pergi tempat Winter Sonata"
Winter Sonata? Hahaha
Untuk pengetahuan, saya tak pernah menonton drama tu. Masa zaman
belajar, kawan-kawan saya sangat gilakan drama tu. Saya boleh kaku
kejung dalam bilik, sedang mereka gigih berebut tempat duduk paling
depan di bilik TV.
Apabila saya beritahu perkara ini kepada rakan saya tu, dia membalas:
"Aku tak faham kenapa manusia yang tak menghargai drama tu macam kau terpilih untuk pergi ke Nami Island tu. Aku yang feeling tengok cerita tu, yang selalu bercita-cita nak pergi sana, tak dapat pun!"
Hahaha. Kesian kawan saya tu.
Esok lusa saya akan minta suami dia bawakkan ke sana ok. Sungguh saya tak ada jawapan kepada soalan 'kenapa' tu.
|
Sebelum bertolak,
kami sempat bersarapan di cafe. Punyalah gembira sebab sandwich pagi tu
adalah sandwich tuna ada ketam. Makan pun sayang-sayang. |
|
Perjalanan
bermula jam 8.30 pagi, mengambil masa 3 jam. Ini gambar sewaktu kami
berhenti rehat di RnR seperti nama di atas. Dapatlah kopi panas secawan-
KWN500. |
|
Dalam bas. Prof.
Jung ni dah macam abah-abah. Dia suka kongsi pengalaman dia masa
muda-muda. Ada tempat menarik yang kami lewati, dia mesti cerita dan
cerita tu mesti akan ada kaitan dengan dia. Memang banyak pengalaman. |
|
Kalau tak silap, ini railway KTX |
Dipendekkan cerita, kami sampai lebih kurang jam 11 pagi. Rupanya habit orang
Korea ni sama je macam di Malaysia. Kebetulan semalamnya (Khamis)
adalah cuti umum bagi negara ini. Sebaik sampai di Nami Island, kami
lihat ramai sangat manusia. Telahan kami tepat. Prof. cakap
kebanyakannya ambil cuti hari ni (Jumaat) supaya dapat cuti hujung
minggu lama sikit. Haha~!
|
Menara ni ada
seat yang boleh membawa pengunjung terus ke pulau. Tak payah naik feri.
Tapi bayaran lain sikit, malah lebih mahal. Kalau tak silap +- RM75. Tak
payah~ Naik feri baru RM24. Buat penat je menjerit kegayatan kat atas
tu. Nak landing kat Nami Island juga~ |
|
Masa ni tengah tunggu Prof. belikan tiket. |
|
Dalam hati saya dah ada bibit-bibit kecewa. Tak boleh nak feeling Winter Sonata! |
|
Mari buang rasa kecewa dan nikmatilah seadanya! |
|
Ada imegresen sendiri tuuu. Jangan main-main. |
|
Naik feri pun dah kena beratur. Kecewalah juga. Tapi alang-alang dah sampai sini, enjoy je lah. |
|
The delegates |
|
Dapat tangkap gambar bendera Malaysia! |
|
Pintu gerbang yang menyambut kami sebaik turun dari feri. |
|
Macamni je signage mereka. Puuuun masih berpusu-pusu manusia datang. Haha. Hebat tak hebat tempat ni~ |
|
Various greetings |
|
Orang datang, kau suruh blah? Eh tak. Ini apa punya caption gambar pun saya tak pasti. Tapi gambar diambil dari dalam restoran tempat kami makan tengahari. |
|
Memandangkan
waktu kami sampai ni adalah waktu makan tengahari, jadi Prof. bawa kami
makan dulu. Restoran halal di Nami Island telah ditutup kerana kurang
sambutan katanya. Jadi dia hanya bawa kami ke restoran berhampiran.
Hadapkan aje bibimbap yang penuh dengan sayur tu. Geram je tengok si Ann
tu makan ayam masak kicap. Grr! |
|
Bibimbap. Masa
kat Malaysia, bukan main sombong saya bercakap dengan Elis pasal benda
alah ni. Siap cakap lagi tak akan masuk tekak. Tapi bila dah sampai,
inilah yang saya makan dan paling mengenyangkan. Kesimpulannya, jangan
sombong sangat. Haha! |
|
Selepas makan,
kami pergi sembahyang. Alhamdulillah dapat jamak sebab Daejeon dengan
Nami Island ni memang jauh. Dan ya, surau ada disediakan di sini. Kagum?
Kagum la juga. Selama ni, kalau outing je, mesti kena solat
dalam bilik menyusu. Siap ada ibu yang lari keluar sambil peluk anak
lagi mungkin sebab takut. Itu belum kira kena halau dengan ajuma sebab
saya masuk tanpa anak. Adoilaaa. |
|
Tempat solatnya
hanya satu. Tiada penghadang antara lelaki dan perempuan. Tempat ambil
air sembahyang pun kongsi. Jadi pandai-pandailah nak selesai macamana.
Kami pun bergilir-gilir dengan rakan-rakan lelaki. Alhamdulillah mereka
kat sini sangat protective terhadap kami. |
|
Tiang ni terbina
dari susunan buku. Kalau rasa nak baca satu buku dalam susunan ni, tarik
je. Kalau runtuh, boleh bina balik. Hahaha! |
|
Dalam salah satu kawasan pameran. Tiba-tiba terasa macam kenal dia ni. Mawi. |
|
Pelik juga tengok ramai betul yang beratur nak ambil gambar di sini. Oh mungkin kat sini ada scene yang
penting masa pengambaran Winter Sonata kut. Kat mana saya nampak orang
ramai, di situ saya akan serbu untuk ambil gambar. Fadz hanya gelakkan
saya. Inilah nasib orang yang tak tahu menghargai. Dulu-dulu orang ajak
tengok Winter Sonata, kau tak nak, Dhiya. Sekarang kan dah jadi pak
turut je! |
|
Lepas tu terus
berazam nak tengok drama ni kat Youtube. Mungkin boleh habis kut sebelum
balik Malaysia. Tapi sampai hari ni, satu siri pun tak pernah tengok.
Memang. Memang! |
|
Tapi tak apalah.
Saya ada cara saya sendiri bagaimana nak menghargai tempat ini. Tak
dinafikan tempat ini memang cantik, walaupun daun-daunnya masih belum
sepenuhnya bertukar menjadi kuning. Jadi saya abadikan keindahan tempat
ini dengan mata celik dan mata hati. Allah bagi pinjam sebuah Nikon,
saya gunakan juga dengan sebaik mungkin. Semoga saya boleh berfikir akan
kebesaranNya. |
|
Orang sangat ramai. |
|
Dapat kawan baru.
Kakak yang duduk dua dari kiri tu tolong kami ambil gambar. Mereka ni
baik dan ramaih-ramah belaka. Cumanya sebab masalah bahasa, mereka ramai
yang memilih untuk menjauhi pelancong. |
|
Abah si kembar
sepasang ni pun tolong kami ambilkan gambar kami ramai-ramai. Jadi
main-mainlah dengan anak dia. Masya Allah, comel sangat! |
|
Janji dalam hati, Insya Allah nak datang lagi (sambil berazam nak tengok Winter Sonata) |
|
Pasangan ni minta
tolong Fadz untuk ambil gambar mereka, guna kamera mereka. Saya?
Tunggulah. Cukup dapat pasangan nanti, saya bergambarlah kat situ. |
|
Tempat ciuman pertama watak Winter Sonata tu. Bersusun pasangan manusia nak bergambar kat sini. Ceh~ |
|
Buah tangan dari Nami Island. |
|
Kat sini pun sama. Beratur orang nak bergambar. Saya pun sama beraturlah~ |
Alhamdulillah dapat selesaikan seluruh pulau kecil ini tepat pada masanya. All in all,
ini adalah satu pengalaman yang sangat menyeronokkan. Terima kasih
Allah, terima kasih penaja, emak dan abah atas kepercayaan saya untuk
pergi sejauh ini untuk melihat tempat orang dan mencedok sebanyak
mungkin ilmu pengetahuan dan pengalaman. Moga bermanfaat, dan moga
memberi bermanfaat, Insya Allah
Salam sayang,
Dhiya Dahlia
Dulu Dayah pernah la jugak tengok cerita Winter Sonata tu . Tapiiiii dah lupa jalan cerita dia macam mana . hehehe
ReplyDeleteOk la jugak pernah tgk. Akak ni end up tak tengok tengok sampai hari ni. Natijah duduk Korea for me is just I fall in love with the country for no reason. Korea- Celah mana pun best. tu je la jawapannye
ReplyDeletebest !!! best !!! jelesnyeeeeee...nak gak pi tempat tu..kalau Dhiya tengok citer Winter Sonata tu kompem la menangis..syahduuu
ReplyDeletedah 40 kali berazam nak tengok winter sonata. tapi nampaknya masih belum tengok2. hadoilaaaa...hahaha!
ReplyDeletemmg best kat Nami Island ni - tahun lepas kte pergi Julai
ReplyDeleteJulai is summer kan? Best2! Saya pg masa awal autumn. Daun masih hijau.
ReplyDeleteXpenah tgok winter sonata. Tp ttp teringin nk pi nami island ni..
ReplyDelete