Tudung Bidang 60 Best!


Bismillah

Alhamdulillah
New obsession and decision :)

Dapat juga saya miliki tudung ni walaupun 'berebut-rebut' dengan tempahan yang tinggi. Saya beli dari RuuhulHubbi Collection secara dalam talian.
Sekali confirm je, urusannya terus cepat. Saudari Laila pemilik bisnes ni pun baik orangnya.
Bila dah dapat tu, mulalah mencuba berpuluh-puluh kali. Maklumlah, saya ni bukan orang yang keluar sangat. Jadi jarang sangat dress up sebab kebanyakan masa saya di rumah sahaja. Kalau di kampus pun, hanya keluar kalau ada kelas sahaja. Tapi kain tudung ni sangat sedap dan selesa. So double thumbs up for her.
Ni pun tengah berkira-kira nak beli lagi barang sehelai dua. Ups :)
Terima kasih, Saudari Laila.

Dhiya

2 comments