Bismillah
New product review again!!!
Saya tak pasti samada saya yang paling lambat tahu- Orang lain dah tahu lama tentang ini.
Hari ini saya terjumpa produk mandian Lifebuoy botol mini 100ml. Bukan main seronok saya dibuatnya sampai rasa nak melompat-lompat di situ! :p
Produk-produk macamni memang sangat sesuailah kalau ada botol mini sebab sangat bagus kalau nak bawa berjalan. Iyalah kan, tak payah nak bawa sebotol mandian Lifebuoy 650ml yang makan ruang tu. Ha itu baru mandian. Belum sebut lagi ubat gigilah, syampulah, pencuci mukalah~
Setuju kan?
Saiz botol mandian Lifebuoy 100ml dibandingkan dengan telefon bimbit kesayangan saya. |
Dulu saya dah pernah tulis tentang beberapa jenama losyen yang dah ada dalam botol kecik. Memang tahniah sangat-sangatlah syarikat berkenaan sebab memudahkan orang yang selalu travel macam saya ni.
Jadinya, sekarang saya macam dah hampir ada satu set toiletries mini yang dah duduk diam dalam satu bekas. Kalau dapat tahu kena travel, just grab the pack and go!
My life is getting easier :)
Salam sayang,
Dhiya
No comments