Resepi: Kek Chocolate Moist


Bismillah...

Sejak cuti beraya di kampung ni, saya gemar sangat bereksperimen dengan resepi. Mungkin sebab kelengkapan di rumah emak ni sempurna kut. Ada dapur yang best, loyang, besen pemukul semua serba lengkap. Di rumah sewa ni faham-faham sajalah... serba sederhana dan berkongsi pula.

Semalam saya tekad untuk mencuba resepi Kek Chocolate Moist ni. Dah lama sebenarnya nak cuba. Tapi kadang-kadang keyakinan dan motivasi tu yang tak ada. Tapi kebetulan baru-baru ini ahli Group FB RR kegemaran saya tu ada kongsikan resepi mudah untuk buat Kek Chocolate Moist ni. Saya pun apa lagi, gamble lah!

Resepi Kek Chocolate Moist adalah seperti berikut (saya ambil dan ikut betul-betul dari Group FB tu. Terima masih, ya!):
Kaedah tu nanti saya terangkan sedikit. Sebabnya, kalau main campur semua dan terus gaul  mungkin agak susah dan lambat untuk dapatkan adunan sebati. Ni nak ajar ala-ala buat eksperimen Kimia :)
Bahan-bahan yang saya sediakan ikut sukatan. Minyak dan air panas saya gunakan cawan yang sama (cawan yang isi minyak tu)
Mula-mula, pecahkan 4 biji telur dan pukul dengan gula. Pukul sampai kembang dan kita namakan ini sebagai campuran 1

Campuran 2 pula adalah tepung Bluekey

Campuran 3 ni adalah kunci kepada Kek Chocolate Moist kita. Kiranya kalau takda campuran 3 ni, memang eksperiman dikira salah.
Cara-cara nak sediakan campuran 3 ni senang saja:
a- Satukan serbuk coklat dan milo dalam bekas. 
b- Kemudian minyak masak dan kacaulah sehingga sebati.
c- Selang selikan dengan air panas (saya guna air 95 darjah Celsius) dan susu pekat.
d- Kacau dan kacau sampai betul-betul sebati dan nampak smooth
Ok. Sekarang kita dah ada 1, 2 dan 3
Seterusnya, masukkan 1 ke dalam 3. Kacau sampai sebati.
Masukkan pula 2 ke dalam 3 sedikit demi sedikit. Kaaaaaaaaaaaaaaacau sampai sebati, jangan ada tepung yang berketul-ketul.
1+2+3 yang masih tak berapa sebati dan nampak tepung yang berketul-ketul.
Macamana nak buat? Ha...Kacau je sampai adunan betul-betul smooth. Jangan bimbang. Mula-mula memang akan nampak berketu-ketul. Kacau perlahan-lahan. Adunan akan jadi smooth :)
Adunan 1+2+3 tadi dimasukkan ke dalam loyang yang disapu dengan majerin.
Sementara tu, panaskan periuk kukus. Jangan lupa lapik penutup periuk tu dengan kain supaya wap air yang terperangkap tidak jatuh atas kek.
Apabila dah mula berwap, masukkan loyang tadi ke dalam periuk pengukus selama 45 minit. Mengikut pesanan dalam resepi tu, jangan buka-buka tudung periuk tu, sebab nanti takut kek tu merajuk. 
Kalau buka juga?
Entah.
Saya tak cuba pula langgar perintah sebab tak mahu kek saya gagal. Hahahha!
Selepas 45 minit, inilah hasilnya. Puan emak, pegawai QA tengok dan pegang-pegang kek saya. Katanya lembut dan masak ok sebab tak melekat dan senang nak dikeluarkan dari loyang.
Sementara tunggu kek masak dalam tempoh 45 minit tu, bolehlah sediakan topping untuk kek.

Resepi adalah seperti berikut, tapi saya  kurangkan susu pekat dan gantikan dengan gula. Untuk cairkan adunan, saya guna air panas sekali lagi dan sambil tu dikacau atas api perlahan sampai likat.
Topping saya
Sementara kek masih panas tu, saya tuangkan topping tu ke atas kek supaya kek tu boleh serap sikit coklat cair tu :)

Kemaskan, hiaskan dan siap untuk dihidang. Kek Chocolate Moist saya tak sempat nak hias-hias dah. Nabiha sibuk nak potong dan makan. Grrr~!
Kek Chocolate Moist saya. Uuuuuu....Kembang hidung jaaappp!
Ini tekstur dalamnya. Masa makan tu memang rasa kek lah. Mujur tak rasa tepung. So all in all, I can conclude that eksperimen ini berjaya. Boleh bawa ke KL dan hidang pada kawan-kawan dan bawa ke rumah bakal mertua.
Selamat mencuba!
Dhiya

2 comments

  1. mak aihhhhh... mengancam anak tekak betul ni.. mai lah hantar sikit kat ecah nun di matrik ni. muehehe

    selamat hari raya!!

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya aisyah!
    Boleh2....
    Boleh hantaq. Datang kl ye. Hahaha!

    ReplyDelete