Air oh Air


Bismillah

Semalam rumah mak ni terputus bekalan air lebih dari 24 jam. Dulu sebenarnya lagi teruk- Pernah sampai 5-6 hari. Itu mujurlah duduk di kampung. Ada juga kolah besar buat simpanan. Kalau di bandar--- Masak!
Sejak paip di kawasan kampung ni ditukar, eloklah sedikit. Air pun dah laju. Kalau tak, dulu kan---Biha yang mandi guna shower dan saya yang tengah memasak di dapur pasti akan bergaduh berebut tekanan air!
Tak sempat nak keluarkan paip ni dari kolah. Jadi air tanah tu termasuk sikit ke dalam kolah. Jenuh la askar-askar nak membasuh~
Selepas lebih 24 jam, bekalan air pun disambung semula. Entah apa masalahnya, saya pun tak tahu. Tapi memang tiada sebarang notis.  Malangnya, air yang keluar dari paip-paip seluruh rumah bukanlah air yang bersih. Air bertanah yang dah macam air teh :( Lama juga kami biarkan agar air tanah ni keluar dan cepat digantikan dengan air bersih. Tapi dekat 30 minit juga barulah air bersih keluar. Itupun tak lama selepas tu, keluar balik air teh!
Tengok warna dia. Tak sampai hati nak mandi dengan air macamni.
Sinki dapur. Tangki simpanan dapur kami pula kebetulan tak dibersihkan lagi dengan sampah daun yang gugur. Jadi airnya pun tak boleh dibuat memasak. Terpaksalah guna air tapis yang akak ada ambil dari hospital. :(
Pagi ni, semasa nak memasak---
Air ni pula yang keluar:

Putih terlajak pula dek klorin- Siap berbau lagi.
Ayaq susu pulaaaaaak~!
Air berklorin ni ambil masa lebih dari 30 saat untuk bertukar jernih. Bau pun kuat. Terberhenti sekejap sesi memasak tadi sebab tak gamak nak guna air ni. Huhu.

Ingat tak cerita alergik yang saya alami tu? Ha...itu dah menjadi sejarah. Tapi masih menjadi ketakutan pada saya. Antara sebabnya haritu adalah air. Merana oiii~!

Take care, friends. 
Air ni keperluan, Tapi pastikan ianya bersih dan selamat digunakan :)

Salam sayang
Dhiya

No comments