DIY: Beg Kertas Mini untuk Gula-Gula


Bismillah

Cerita DIY! Yeay!

Apa khabar DIY anda? 
DIY saya memang ke laut sejak kebelakangan ini. 

Di samping buat bunga tisu, ini antara DIY sampingan yang saya sedang buat dan lebih mudah (sedikit) dari bunga tisu. Yep, Beg kertas mini untuk isi gula-gula. Saya rasa DIY kali ni adalah lebih kepada memenuhi kehendak anak-anak kecil yang datang ke kenduri. Kalau nak bagi bunga telur juga, memang kasihanlah ayam-ayam saya. Kena bertelur pada kadar yang lebih tinggi :)
Umumnya beg kertas saya ni sangat mudah dan ringkas. 
Saya hanya guna kertas pembalut hadiah yang dijual di kedai-kedai dan pasaraya tu, serta double sided tape dan tambahan selofan tape yang lutsinar tu dan tak dilupa juga pembaris, gunting dan pisau. Tak ada pun gam cair yang messy tu.
Alhamdulillah sekarang dah ada dalam 700 unit pelbagai warna. Tak ada tema. Rasanya dah cukup kut untuk memenuhi kehendak anak-anak kecil. Kalau berlebih tu, masukkan je lah dalam goodie bag mana-mana. Nak kahwin ni, senangkan je mana yang senang!

Tutorial?
Kalau ada 50 komen (dan ke atas) yang minta tutorial, baru saya akan buat entri tutorial. Bukan apa, beg ni senang je sebenarnya. Main lipat-lipat je. Boleh Google. Tapi kalau ada yang nak tau style-saya-yang-suka-hati-asal-jadi-dengan-mudah-dan-jimat ni, silalah tinggalkan komen ok :)

Jangan down down semasa DIY. Senyum je!

Salam sayang,
Dhiya

6 comments