Selfie: Zaman Sekarang, kan...


Assalamualaikum :)

Saya memang tak boleh hadam tentang tabiat selfie ni. Dulu-dulu sebenarnya dah ada benda ni, cuma tidaklah sampai diangkat dan dijadikan trend hingga perkataan selfie itu sendiri berjaya memasuki senarai kosa kata dalam kamus. Huhuhu.

Saya nak minat selfie. Malu.

Pernah cuba beberapa kalu, tapi rasa macam: "Ya ALLAH...Syok sendiri nya lahai aku ni!"

Cumanya semasa saya di Korea, saya buat jugalah. Tapi tak nampak sangat la selfie. Di sana memang terpaksa buat la kan. Sudahlah travel solo, takkanlah nak suruh dan minta orang memanjang kan~
Agak parah, saya pernah jumpa 2 orang kawan saya (kawan jauh laa), yang selfie gambar menangis. Seorang tu perempuan- Menangis dalam bas dalam perjalanan balik ke kampung sebab nenek meninggal. Yang seorang lagi tu, seorang lelaki-- Menangis sebab tengok Kabhi Kubshi Khabi Gham! 
Ketenatan apakah ini? $#^&(#! Hahaha!

Dulu kan pernah ada isu, katanya selfie ni budaya tak bagus sebab boleh membawa kepada tekanan jiwa dan kematian.
Rasanya kalau untuk momen dan kenangan, bolehlah. Tapi jangan sampai berlebih-lebihan kan?
Baik-baik, yop!

Salam sayang,
Dhiya

2 comments

  1. skrg ni nk buat apa pun semua nk selfie dulu.. hmm.. dah macam penyakit..

    saya singgah sini dari blog mialiana.. :)
    done follow sini.. #278
    jemput singgah : Hikayat Budak Pening

    ReplyDelete