Sabtu


Bismillah

Ya ampun...Awatla malas sangat sejak kebelakangan ni. Kawan-kawan yang rapat boleh kata semua dah tahu yang saya masih di kampung- Tak balik ke KL lagi sejak cuti raya haritu.
Melampau?
Memang.
Lantak. Hahah!

Kerja RA bukan macam kerja dengan Janet dulu- Ada punch card, cuti kena mohon, jawab panggilan telefon sampai tak menang tangan atau attend meeting yang tak ada agenda pun. Hihihi!
Kerja kali ni agak relaks. Iyalah. Nama pun sementara je. Cuti lama-lama, duduk di kampung pun bukan dapat apa melainkan pertambahan berat badan. 
Semalam Prof. sms minta suruh retrieve artikel. Benda boleh selesaikan dari rumah, seboleh-bolehnya saya akan buat di rumah (a.k.a hometown, bukan rumah sewa!). Tak kuasa nak duduk KL yang berselirat tu.

Hari ni, masih di kampung.

Huuu.

Sorgaaaa!

Tapi dalam minggu depan saya perlu balik ke KL kut sebab nak selesaikan hal gaji. (Tang gaji lajuuu je~) Awal bulan depan, saya dah perlu balik ke kampus untuk semester akhir master. Semoga semuanya berjalan dengan baik dan penuh bergaya.

Terbaharu, saya menerima satu tawaran temuduga melalui telefon bawah syarikat TFM. Mujur juga melalui telefon. Kalau tak berdesuplah saya balik ke KL penuh dengan keadaan terpaksa lagi tak bersedia. Doakan, ya. Kalau dapat secure the position at least by end of this year, memang cun sangatlah. Habis belajar, terus dapat kerja. Insya Allah :)
Saya tak mahu balik ke company lama. Walaupun seronok, tapi saya dengar macam-macam yang menyedihkan dari meja pengurusan sejak setahun ni. Ramai staf yang lama dah berhenti dan apabila saya risik-risik puncanya- Semuanya hampir sama dengan saya dan staf yang lain.
Lantak~

Life must go on.
Masalah yang bertimbun-timbun tu kena letak di tepi barang sekejap. Kita berhak untuk menikmati masa kita. Jangan terikat dengan orang lain. Bebaskan diri. Jadilah diri sendiri dalam mengatur pilihan kehidupan :)

Salam sayang,
Dhiya

No comments