Bismillah
Semester baharu akan bermula. Semester akhir, Insya Allah.
Kalau nak diikutkan lemah semangat, kalah pada ujian dan pelbagai dugaan- Sudah lama saya tarik diri malah tak mungkin saya memilih jalan ini.
Ramai orang anggap pilihan saya untuk berhenti kerja dan melepaskan jawatan tetap dan menyambung pelajaran adalah sesuatu yang melawan arus. Saya hilang kawan di saat saya tiada gaji bulanan kerana mereka kurang yakin dengan keberadaan dan fungsi saya di sisi mereka. Saya mencatu makan dan segala keperluan demi jalan sukar ini.
Atas dasar tanggungjawab kepada diri sendirilah, saya teguh di jalan ini. Saya mungkin boleh mengkhianati orang lain (jika saya mahu). Tetapi saya tidak boleh mengkhianati atau membohongi diri sendiri.
Saya boleh tarik diri dari pengajian dan kembali bekerja dan memiliki wang pendapatan bulanan, tetapi saya yang memilih untuk menyudahkan apa yang telah saya mulakan.
Saya menagih motivasi dari sesiapa sahaja yang sudi. Emak dan abah adalah sumber kekuatan utama saya.
Dari aspek yang lain, benarlah bahawa kita adalah apa yang kita pilih. Kita tidak boleh selamanya menerima tanpa usaha. Memang Allah sudah tetapkan jalan hidup kita melalui ketetapanNya. Tapi ingat, firmanNya dalam surah Ar-Ra'd ayat 11 telah menekankan betapa pentingnya kita yang perlu berusaha untuk mengubah diri kita (ke arah kebaikan) terlebih dahulu.
Diri kita, adalah tanggungjawab kita.
Pandanglah diri kita dalam cermin. Lihat sedalam-dalamnya. Seluruh diri kita ini akan menghadap Allah sang pemberi amanah akan seluruh nikmat. Maka sebab itu, kita perlu bertanggungjawab kepada diri kita sendiri supaya kita berada dalam perhitungan Allah dalam keadaan baik dan sejahtera.
Pesanan untuk diri sendiri
Dhiya
Terus kuat semsngat dan cekal ye. Pasti ada hikmahnya dlm jln yg dhiya pilih.
ReplyDeleteBersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian.