Dhiya's First Giveaway


INI ADALAH STICKY POST

Assalamualaikum wbt

Rakan-rakan blogger yang dikasihi, 

Saya sedang menjalankan satu kempen giveaway pertama dalam blog Dari Diri Dhiya ini. Sebelum ini saya tak pernah anjurkannya sebab saya takut tidak mendapat sokongan (oh pesimis nya sayaaa!)

Tetapi sekarang saya sedar. Kempen sebegini, walau giveaway nya mungkin tidak seberapa, saya sebenarnya sedang cuba menjalinkan persahabatan dengan anda.

Oleh itu, atas nama persahabatan, sudilah kiranya anda mengambil bahagian dalam giveaway saya yang pertama ini. Hadiah tak mewah, tapi terdiri daripada koleksi cenderamata dari tempat-tempat yang saya pernah pergi. Untuk Giveaway ni, tiada cendermata dari Korea. Tapi Insya Allah jika berjaya ada sambutan, saya akan cuba menganjurkannya dengan hadiah yang lebih menarik. Mungkin saya boleh pertimbangkan koleksi buah tangan Korea saya tu. (P/S: Cenderahati dari Korea saya masih banyak, tau! Memang dibawa pulang untuk DDD)

Syaratnya sangat mudah, kerana saya memang berniat untuk memberi sambil bersahabat. Wallahi :)

1) Tempoh kempen: 18 Ogos 2014- 31 Ogos 2014 ( jam 12 tengah malam)
2) Follow blog Dari Diri Dhiya dan nyatakan anda follower yang ke berapa
3) Post kan entri ini (copy and paste) sahaja di blog anda
4) Ajak rakan-rakan pembaca blog anda untuk menyertainya
5) Tinggalkan link entri tersebut di ruangan komen entri ini
6) Pemenang akan dipilih secara rawak menggunakan random.org
7) Ada 7 pemenang bertuah akan dipilih! 7 tau!

Klik dan jemput ke blog Dari Diri Dhiya
Klik dan jemput ke blog Dari Diri Dhiya
Pengumuman pemenang akan dibuat pada minggu pertama September 2014 bersempena dengan edisi istimewa entri terbaik bulan tersebut.

Pengeposan hadiah adalah secepat mungkin, sebaik mendapat maklumat dari pemenang :)

SEMAK PENYERTAAN ANDA DI SINI

*Saya perlukan 15 penyertaan (atau lebih) Jika tiada sambutan, GA ini secara automatik akan terbatal.

Saya mengharapkan sokongan dan penyertaan anda :)
Salam sayang,
Dhiya


GIVEAWAY : Blogger 1 Malaysia


Bismillah

Yep...
Bila saya letak banner Pahang pada salah satu GA yang saya sertai, saya ada menerima beberapa email yang terkejut:
"Tak sangka Dhiya orang Pahang"
"Oh..Pahang rupanya"
"Salam Dhiya...Ingat orang KL. Pahang dekat mana?"

Hahaha!
You so funny, dear!
Tapi tak apa...Saya memang tak reveal sangat diri saya. Cuma kadang-kadang, ada jugalah saya tulis balik ke kampung Pahang- Tapi tidaklah obvious sangat. Mungkin sebab tu orang tak perasan sangat. Tapi tak ada masalah :) Dari ruang mana pun saya, saya sangat gembira berblog jika dibandingkan dengan FB. Amat!
Saya mula berblog ketika saya dalam pengajian ijazah di UM. Saya banyak menulis tentang pengalaman saya sebagai seorang pelajar kejuruteraan. Lama-kelamaan, saya sedar yang berblog sudah menjadi hobi. Kebetulan, saya pada awalnya sangat suka menulis dan mengarang. Maka saya telah menjadikan blog sebagai medium untuk saya menulis dengan gaya bahasa yang sempurna dan tidak terikut-ikut dengan trend bahasa dan penulisan yang merosakkan.
Saya menjadikan blog ini sebagai wadah penggunaan bahasa yang betul samada dalam BM atau BI. Jika bahasa yang digunakan sedikit rojak, selalunya saya akan italic kan :)
Itu cerita bagaimana saya mula berblog dan mengapa saya berblog.

Terbaharu, saya menulis entri ini kerana saya sedang menyertai segmen GIVEAWAY : Blogger 1 Malaysia ni. Berblog ni macam hidup berjiran-
Masa kita buat GA, orang ambil bahagian dan sokong kita.
Jadi apabila orang lain buat GA, kita sokong la balik kan :)

Syarat agak mudah. Itu yang semangat sikit nak ambil bahagian. Kalau yang renyah sangat tu, saya memang tak dapat sertai sebab saya sangat terikat dengan masa. Tapi jangan bimbang, saya akan cuba sebaik mungkin untuk memenuhi jemputan rakan-rakan blogger :)
Terbuka kepada semua blogger, saya menyeru kepada semua rakan-rakan untuk ambil bahagian dan memberi sokongan kepada Shazlin.

*******************************************************


Buat julung kalinya Perjalanan RASA mengadakan 1st GA sempena bulan kemerdekaan nei.
rasa macam neves lak pulak 1st time schaz buat GA nei..
GA nei akan berlangsung selama 1 bulan.

Tarikh : 27 August 2014 - 27 September 2014

Pemenang akan diumumkan pada 1 October 2014
8 pemenang dicari.
3 pemenang utama akan mendapat hadiah isteimewa, manakala 5 pemenang lagi akan mendapat hadiah saguhati.
Setiap blogger yang join GA ini schaz akan follow & review entry penyertaan uols.

sponser by : schazshoppe

GOOD LUCK
 
Salam sayang,
Dhiya

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta


Bismillah

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 57, tahun 2014
Semoga Malaysia ini terus aman, maju dan berjaya
Kukuh ekonominya
Teguh perpaduannya
Jauh dari rasuah dan jenayah
Disayangi jelata
Dipelihara yang Esa

Cinta,
Dhiya

Di Ambang Kemerdekaan: Doa Untuk Malaysia


Bismillah

Malaysia akan meraikan ulangtahun kemerdekaannya yang ke 57. Alhamdulillah. Terima kasih emak abah dan guru-guru yang banyak menyampaikan ilmu tentang momen sejarah ini. 
Kalau dikenang-kenang balik, kemerdekaan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai. Pemimpin-pemimpin terdahulu membayarnya dengan air mata dan darah demi kesenangan anak-anak masa kini.

Kalau kita belum merdeka, perjuangannya dapat kita lihat sebagaimana apa yang sedang terjadi di Palestin. Ya, itulah real time fight for freedom yang masih berlaku hingga hari ini.

Dalam momen kesedihan Malaysia kini, saya secara peribadi amat terkesan dan agak beremosi dengan tanah air bertuah ini. Betapa pemimpin kita bekerja keras (regardless of politic issues) untuk memastikan Malaysia mampu menjadi sebuah negara yang mampu memberi kepada seluruh isinya.

Sebagai seorang Muslim juga, adalah menjadi kewajipan kita untuk menyayangi dan menyemai semangat patriotik terhadap negara (watan) yang merupakan sebahagian dari pecahan nilai iman. Oleh itu, sama-samalah kita mendoakan agar negara ini terus aman, selamat dan melahirkan anak bangsa yang terus bersemangat dan tidak sekali-kali hanyut dengan arus dunia.

Doakan juga-
Agar Malaysia terus teguh dan stabil dari segi politik, ekonomi dan sahsiah. Esok lusa semoga kita dapat lihat ramai lagi anak Malaysia mampu berdiri di persada dunia. Insya Allah :)

Selamat hari merdeka, Malaysia :)

Salam sayang, 
Dhiya

Segmen I LOVE MALAYSIA bersama Cik POP


Bismillah

Yeay berjaya menyahut seruan rakan blogger Cik POP! Merdeka dah dekat. Emo pula rasanya. Iyalah...susah payah, pelbagai ujian yang mendatang...Ianya betul-betul menambah cinta saya kepada Malaysia :)

Jom kawan-kawan, jom join!
Halo guys , hari ini teringin nak buat segmen. Yelah , bulan kemerdekaan Malaysia kan.. heehe.. Sempena bulan kemerdekaan yang ke 57 , jom join ramai2 
Tajuk Segmen : Segmen I LOVE MALAYSIA bersama Cik POP
Deadline : Sepanjang bulan kemerdekaan :) 11.59pm ( 31 Ogos 2014 ) 
Siapa boleh join : Bloggers 
Syarat-syarat join segmen 
1. Follow blog ini ..Senang nak tau perkembangan  ( Follow you back ^_^ )
2. Like Page ini ^_^
3. Gam segmen ni dalam blog korang.. supaya tak hilang,nak stapler kah,selotape kah..ikut suka korg..hehe
4. Lepas dah gam segmen tu , lepas tu bagitau korang dari negeri mana okay ( nak letak pic ke,gambar bendera korang ke,terserah ) 
I love Malaysia and I'm from Pahang
5. Ajak kawan2 join skali.. ^_^ ( promote katakan ) then tinggalkan URL entri korang senang nak terjah okay ! :)
So,bagi2 yang sudah join segmen ini , saya akan letak semua URL di sini mengikut asal korang ( Contoh : Kalau sabah,so url dari sabah sahaja) siapa2 yang sudah join tu bolehlah blogwalking ke blog bloggers yang lain juga :) 

Jom join ramai-ramai :) 

Dhiya

Bukan Cantik Semata-Mata


Bismillah

Salam Jumaat!
Semoga amal perbuatan kita hari ini adalah yang baik-baik sahaja.
Al-Kahfi, jom!

Salam sayang,
Dhiya

Tanggungjawab Kepada Diri Sendiri


Bismillah

Semester baharu akan bermula. Semester akhir, Insya Allah.

Kalau nak diikutkan lemah semangat, kalah pada ujian dan pelbagai dugaan- Sudah lama saya tarik diri malah tak mungkin saya memilih jalan ini.
Ramai orang anggap pilihan saya untuk berhenti kerja dan melepaskan jawatan tetap dan menyambung pelajaran adalah sesuatu yang melawan arus. Saya hilang kawan di saat saya tiada gaji bulanan kerana mereka kurang yakin dengan keberadaan dan fungsi saya di sisi mereka. Saya mencatu makan dan segala keperluan demi jalan sukar ini.

Atas dasar tanggungjawab kepada diri sendirilah, saya teguh di jalan ini. Saya mungkin boleh mengkhianati orang lain (jika saya mahu). Tetapi saya tidak boleh mengkhianati atau membohongi diri sendiri. 
Saya boleh tarik diri dari pengajian dan kembali bekerja dan memiliki wang pendapatan bulanan, tetapi saya yang memilih untuk menyudahkan apa yang telah saya mulakan.
Saya menagih motivasi dari sesiapa sahaja yang sudi. Emak dan abah adalah sumber kekuatan utama saya.
Dari aspek yang lain, benarlah bahawa kita adalah apa yang kita pilih. Kita tidak boleh selamanya menerima tanpa usaha. Memang Allah sudah tetapkan jalan hidup kita melalui ketetapanNya. Tapi ingat, firmanNya dalam surah Ar-Ra'd ayat 11 telah menekankan betapa pentingnya kita yang perlu berusaha untuk mengubah diri kita (ke arah kebaikan) terlebih dahulu.

Diri kita, adalah tanggungjawab kita.

Pandanglah diri kita dalam cermin. Lihat sedalam-dalamnya. Seluruh diri kita ini akan menghadap Allah sang pemberi amanah akan seluruh nikmat. Maka sebab itu, kita perlu bertanggungjawab kepada diri kita sendiri supaya kita berada dalam perhitungan Allah dalam keadaan baik dan sejahtera.

Pesanan untuk diri sendiri
Dhiya

DIY: Beg Kertas Mini untuk Gula-Gula


Bismillah

Cerita DIY! Yeay!

Apa khabar DIY anda? 
DIY saya memang ke laut sejak kebelakangan ini. 

Di samping buat bunga tisu, ini antara DIY sampingan yang saya sedang buat dan lebih mudah (sedikit) dari bunga tisu. Yep, Beg kertas mini untuk isi gula-gula. Saya rasa DIY kali ni adalah lebih kepada memenuhi kehendak anak-anak kecil yang datang ke kenduri. Kalau nak bagi bunga telur juga, memang kasihanlah ayam-ayam saya. Kena bertelur pada kadar yang lebih tinggi :)
Umumnya beg kertas saya ni sangat mudah dan ringkas. 
Saya hanya guna kertas pembalut hadiah yang dijual di kedai-kedai dan pasaraya tu, serta double sided tape dan tambahan selofan tape yang lutsinar tu dan tak dilupa juga pembaris, gunting dan pisau. Tak ada pun gam cair yang messy tu.
Alhamdulillah sekarang dah ada dalam 700 unit pelbagai warna. Tak ada tema. Rasanya dah cukup kut untuk memenuhi kehendak anak-anak kecil. Kalau berlebih tu, masukkan je lah dalam goodie bag mana-mana. Nak kahwin ni, senangkan je mana yang senang!

Tutorial?
Kalau ada 50 komen (dan ke atas) yang minta tutorial, baru saya akan buat entri tutorial. Bukan apa, beg ni senang je sebenarnya. Main lipat-lipat je. Boleh Google. Tapi kalau ada yang nak tau style-saya-yang-suka-hati-asal-jadi-dengan-mudah-dan-jimat ni, silalah tinggalkan komen ok :)

Jangan down down semasa DIY. Senyum je!

Salam sayang,
Dhiya

Sibuk


Bismillah

Masa sibuk kini bermula.
Saya akan berhenti kerja (sambilan) dalam bulan ini dan kembali ke kampus awal bulan hadapan. Jadi masa untuk berblog agak kurang. Saya tulis ikut sempat je. Kalau nak tunggu idea, memang sampai bulan depanlah tak ada entri :p

Terimalah kemaafan saya dan jangan lupa teruskan menyokong blog saya :)
Waktu-waktu sekarang saya sangat perlukan sokongan dan motivasi kendiri. Banyak halangan di hadapan yang menanti. Semoga Allah beri kekuatan kepada saya untuk menempuhinya :)

Saya akan terus menulis,
Dhiya

CPUV: HP PC Demand Gen Digital


Bismillah

Alhamdulillah...

DDD dapat satu lagi CPUV untuk bulan Ogos.
Syukurlah...Sekurang-kurangnya ada side-income yang comel. Blogging sampai lebam, and getting paid by advertiser. Tak banyak pun tak apa, asalkan ada. Saya percaya kepada peribahasa 'sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit" :)

Terima kasih Nuffnang dan pembaca-pembaca DDD. Maaf kalau penulisan saya kurang berkualiti. Saya akan cuba untuk meningkatkan kualiti DDD dari semasa ke semasa.

Salam sayang
Dhiya

Monday Blues


Assalamualaikum and Hi!

Taknak laa cakap banyak. Isnin memang betul-betul hari penentu seseorang. Isnin yang bermula dengan baik, pastinya akan memberikan minggu yang baik.

Sebab tu pagi-pagi Isnin, jangan bergaduh di jalan raya. Hahaha!

Saya masih di KL walaupun jiwa dan perasaan sudah tiada lagi di sini. Pergi kerja pun rasa nak taknak je.. Grr!
Terasa nak tolak semua masalah ke tepi dan baca buku di atas katil tanpa gangguan sesiapa. Aaaaaaaaaa!

Dhiya

Update Dhiya's First Giveaway


Bismillah

Update Dhiya's First Giveaway

Subhanallah, saya sebenarnya tak sangka menerima sebegitu banyak penyertaan. Terus rasa bersalah pula sebab cenderamata tu biasa-biasa sahaja. Tambahan pula ada yang silap faham mengatakan hadiah-hadiah GA tu nanti adalah dari Korea. Allahu!
Mungkin saya juga silap masa buat penerangan tempoh hari. Untuk GA kali ni, memang tiada hadiah dari Korea sebab untuk bulan September nanti, saya ada cadangan nak buat satu lagi GA istimewa sempena entri-entri BEST bulan tu nanti- Yang memang hadiahnya adalah cenderamata dari Korea :)
Tapi atas sambutan yang menggalakkan ini, saya akan sertakan buah tangan dari Korea untuk 3 pemenang utama entry Dhiya's First Giveaway

Berikut adalah senarai terkini peserta GA pertama saya. Urutan adalah berdasarkan komen peserta. Kalau ada nama blog yang berulang, tolong beritahu ya. Mungkin saya terlepas pandang :) Mana yang belum saya follow, saya akan lawat blog anda dan follow ok :)

1. http://izzahazryna.blogspot.com
2. http://leyzzainieys.blogspot.com
3. http://cerita-adindabaizuramazlan.blogspot.com
4. http://syazdanny2329.blogspot.com
5. http://sihatitunikmat.blogspot.com
6. http://cahayaketinggiankehalusan.blogspot.com
7. http://izzeyda.blogspot.com
8. http://norshamimi.blogspot.com
9. http://sayapejuangbahasa.blogspot.com
10. http://aquzack.blogspot.com
11. http://aksarabiruu.blogspot.com
12. http://eyqayushaiza.blogspot.com
13. http://kenny977.blogspot.com
14. http://sitizawiah95.blogspot.com
15. http://cahayaalammaya.blogspot.com
16. http://nathirahhhh.blogspot.com
17. http://sunshine4butterfly.blogspot.com
18. http://rainfallasleep.blogspot.com
19. http://stayinheart.blogspot.com
20. http://norniwanie.blogspot.com
21. http://www.syuhadasalleh.my
22. http://sahbanu-mulaan.blogspot.com
23. http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com
24. http://hanimsain-delimasari.blogspot.com
25. http://eirna-nurasikin.blogspot.com
26. http://cikdelimamerah.blogspot.com
27. http://storymoryluahanku.blogspot.com
28. http://cintayuyue.blogspot.com
29. http://lalazarryn.blogspot.com
30. http://ummi2m2s.blogspot.com
31. http://nomilicouz.blogspot.com
32. http://eirza.blogspot.com
33. http://suzanne1279.blogspot.com
34. http://www.fisyayusof.com
35. http://mass-naim.blogspot.com
36. http://putributterflypunyablog.blogspot.com
37. http://www.syahidahfadilah.com
38. http://auniqarya90.blogspot.com
39. http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com
40. http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
41. http://sarahhanim.blogspot.com
42. http://nieda5515.blogspot.com
43. http://blogitarossi.blogspot.com
44. http://umikasum.blogspot.com
45. http://amirahsafiee11.blogspot.com
46. http://siszetty.blogspot.com
47. http://gadiseptemberr.blogspot.com
48. http://www.mamaniza.com
49. http://mummysupplementshop.blogspot.com
50. http://vithebat.blogspot.com
51. http://perhentianisland.org
52. http://akudiadancerita.blogspot.com
53. http://qaean92.blogspot.com
54. http://sayasukala.blogspot.com
55. http://jombercontest.blogspot.com
56. http://syxfiqxnissx.blogspot.com
57. http://fisha-azlina.blogspot.com
58. http://ssurianahyana.blogspot.com
59. http://coretancikfafa.blogspot.com
60. http://sallyyatiey.blogspot.com
61. http://supernaddyss.blogspot.com
62. http://officalmissyana.blogspot.com
63. http://kasihlestariabadi.blogspot.com
64. http://dewqracintakita.blogspot.com
65. http://cikna136.blogspot.com
66. http://www.duniashida.com
67. http://nurulhidayahpeace.blogspot.com
68. http://ifyouknowwhatimean21.blogspot.com
69. http://luahankutintaku.blogspot.com
70. http://myfirdz-trulylove.blogspot.com
71. http://www.cikguzamrud.com
72. http://secebiscoretanqalbi.blogspot.com
73. http://loveneddy.blogspot.com
74. http://sayangsyeeda.blogspot.com
75. http://funnyvelove.blogspot.com
76. http://insan-kecil.blogspot.com
77. http://notesfromwawa.blogspot.com
78. http://aboutagirlife.blogspot.com
79. http://adna2029.blogspot.com
80. http://fionamauricefaith.blogspot.com
81. http://afifahaddnan.blogspot.com
82. http://sigadisberkacamata.blogspot.com
83. http://satujanjikita.blogspot.com
84. http://akifimtiyaz3.blogspot.com
85. http://acikwatie.blogspot.com
86. http://alynnazfiz.blogspot.com 
87. http://yangbaik.blogspot.com 
88. http://nuyushahidarahim.blogspot.com 
89. http://nayfatimahrasyid.blogspot.com
90. http://ehtejakettew.blogspot.com
91. http://www.suesopian.com
92. http://notashalimar.blogspot.com
93. http://mamapapaamir.blogspot.com 
94. http://www.eelleebeauty.com
95. http://anisyamir7lee.blogspot.com
96. http://rexhashoppe.blogspot.com 

Salam sayang
Dhiya Dahlia

Tudung Bidang 60 Best!


Bismillah

Alhamdulillah
New obsession and decision :)

Dapat juga saya miliki tudung ni walaupun 'berebut-rebut' dengan tempahan yang tinggi. Saya beli dari RuuhulHubbi Collection secara dalam talian.
Sekali confirm je, urusannya terus cepat. Saudari Laila pemilik bisnes ni pun baik orangnya.
Bila dah dapat tu, mulalah mencuba berpuluh-puluh kali. Maklumlah, saya ni bukan orang yang keluar sangat. Jadi jarang sangat dress up sebab kebanyakan masa saya di rumah sahaja. Kalau di kampus pun, hanya keluar kalau ada kelas sahaja. Tapi kain tudung ni sangat sedap dan selesa. So double thumbs up for her.
Ni pun tengah berkira-kira nak beli lagi barang sehelai dua. Ups :)
Terima kasih, Saudari Laila.

Dhiya

Darah Wanita: Perbincangan Ulama dan Pakar Perubatan


Bismillah

Saya sekarang dalam proses menyudahkan pembacaan buku ini.
Buku ni saya beli masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur haritu. Sebab banyak sangat buku yang dibeli, jadi memang tak menang nak dibaca. Kena relaks dan selesaikan satu-satu. Membaca ni bukan macam menaip- Boleh buat je walaupun tak ada jiwa. Membaca ni perlukan jiwa. Kalau hati tengah serabut, memanglah tak boleh duduk nak membaca.

Insya Allah akan habiskan dengan baik. 
Ialah. Darah wanita ni memang panjang perbincangan isu Fiqh nya. Kenapa darah lelaki tak serumit ini perbincangannya?
Hm..
Pada saya, darah lelaki ni paling jelas hanya mengalir waktu jihad kerana sifat qawwam mereka. Kalau tak pulang membawa kemenangan, mereka mungkin syahid. Itulah analoginya. Insya Allah mudah.

Doakan, sedikit sebanyak saya akan kongsikan di sini nanti. Insya Allah :)

Salam sayang,
Dhiya

Al Fatihah


Bismillah
Semoga Allah merahmati penumpang-penumpang Muslim MH17. Tidak dilupa semoga Allah memberikan kekuatan padu kepada seluruh waris dan keluarga terdekat yang terlibat dengan tragedi ini.

Saya pernah berada di atas sana setinggi 30 ribu kaki dengan MAS. Jika terjadi tragedi seperti ini, mungkin saya juga di tempat mereka. Sungguhlah ajal maut bukan sesuatu yang kita boleh jangka.

Bertabahlah.
Allah bersama kita...

Hobi Baru


Bismillah

Kucing?
Undefined.

Tak tahulah sejak bila mula jatuh sayang dengan dia ni. Tak dapat dipastikan secara khusus sejak bila saya mula berminat dengan haiwan peliharaan ni.

Manjanya dia sampai boleh dibawa masuk ke bilik. Tapi as a precaution, memang tak boleh dibiasakan. Nanti kalau dah terbiasa, silap-silap bileh hijack saya.

Kucing ni asalnya baby kucing yang mendatang dan membesar di stor belakang rumah emak. Atas rasa belas kasihan, emaklah yang jaga dia siap beri makan minum. Lama-lama dia jadi jinak dan berani turun ke kaki lima dapur dan bermain di situ.
Sampai satu tahap, kami sedikit demi sedikit beri dia ruang di dapur untuk tidur pada waktu malam. Dah lama rasanya tak ada kucing peliharaan macamni. Seingat saya, dulu masa kecil memang ada. Siap tidur, mandi pun nak sekali :p

Nabihalah budak paling seronok membela kucing ni. Biar. Biar dia dididik dengan rasa belas kasihan ibrah dari membela haiwan kesayangan Rasulullah ini. Saya pun suka :)
Kadang-kadang, nilai seseorang tidak semestinya diukur pada ketinggian tahap pendidikannya. Cukuplah kita melihat bagaimana seseorang ini menyantuni mahkluk lain.
Mudah :)

Salam sayang,
Dhiya

Wordless Wednesday: The Other Way Around


Assalamualaikum.
Happy Wednesday!

Let's think if everything around us to happen the other way around.
Urm...
Dhiya

One Escape, Please!

Bismillah

Rindunya...
Nak pergi pantai!

Nak lepaskan tekanan... :(
Tak ingatlah pantai mana~ Morib ke kut. Rindunyaaa. Tengok laut yang luas terbentang je akan buat saya tenang. Subhanallah!
Tunggu suami soleh.

Insya Allah,
Dhiya

Resepi: Agar-Agar Roti


Bismillah

Resepi lagi!

Saya ni dah jatuh cinta dengan kerja-kerja feminin ni. Rasa seronok pula. Alangkah hebatnya kalau ada dapur yang serba lengkap- Mesti sentiasa bermotivasi untuk memasak. Ye keeee~
Saya belum cuba lagi. Insya Allah akan cuba hujung minggu ni. Geram pula tengok warna warni kan!

Jom mencuba,
Dhiya

Nombor Plat BMW: Dah Agak Dah...


Bismillah...

Masa belajar dulu, saya pernah bercita-cita nak beli kereta MyVi dengan nombor plat BMW apa-apa nombor je lah, dengan harapan esok lusa dah umur 40 ke dapatlah beli BMW dan tukarkan nombor plat BMW tu ke kereta BMW!

Rupanya cita-cita saya tu bukan milik saya seorang. Lebih menyedihkan, ianya hanyalah cita-cita orang berduit sebab nombor plat ini adalah ekslusif dan perlu ditempah.

Melepas.
Telan ayaq lioq~
Tapi memang padanlah.

Saya tak dapat bayangkan- Punya ramai pemilik kereta BMW 3 Series, 2.0, i.e BMW 320, hanya seorang je yang akan dapat beli nombor plat BMW 320 tu nanti. Sama juga dengan kereta BMW siri-siri lain. Punyalah ekslusif. Memang tak layaklah orang macam saya ni kan ~ Hahaha!

Sekarang saya masih bahagia dengan Baby K saya. Tinggal lagi setahun untuk clearkan hutang. Cita-cita nak beli kereta baru nampaknya belum ada. Insya Allah sebaik habis bayar hutang Baby K, saya akan mula kerja balik dan nak fikir pasal beli rumah pula. 
Beli kereta besar-besar pun, tak boleh bawa masuk perabot ke dalamnya. Kalau beli rumah, saya boleh buat kek dan masak sedap-sedap :) Wuuuwu~

Jadi mari sama-sama kita tunggu siapa pemilik nombor-nombor plat ekslusif BMW ini. Mana tahu tersekat sama-sama dalam kesesakan lalulintas, boleh mintak selfie sekali dua :P

Salam sayang,
Dhiya

CPUV, anda buat saya happy!


Bismillah

August gifts are here!
Alhamdulillah.

Terima kasih Allah. Blog tak popular ni setidak-tidaknya terpilih juga. Tak banyak pun tak apa. Yang ada ni pun dah cukup baik.

Terima kasih Nuffnang sebab sudi sokong blog ni. Terima kasih juga kepada para pembaca. Kalau nampak iklan tu, tolong la klik ye :)

Salam sayang,
Dhiya

Kisah Matematik Cinta yang Sedih


Bismillah...

Maaf semua. Saya sangat sibuk sejak kebelakangan ini. Jadi semua entri adalah entri segera sahaja. Insya Allah nanti apabila saya dah relaks sikit, saya akan terus menulis cerita-cerita semasa saya.

Kali ni saya terjumpa satu analogi matematik yang berkaitan dengan cinta. Logik dan sangat betul.
Orang yang ada math background mesti faham dengan teori ini dan biasa dengan terma yang digunakan. :)
Teori dan kenyataan yang betul, tapi agak menyedihkan dalam kisah CINTA.
Tak banyak yang kita boleh ubah. Tapi kita punya banyak pilihan dalam kehidupan.

Salam sayang,
Dhiya

Morning Exercise


Assalamualaikum!

Dear friends,
Let's start our day with this.

Read to the bottom and you will realize that you are awesome!
Good morning, world!

Dhiya

Selfie: Zaman Sekarang, kan...


Assalamualaikum :)

Saya memang tak boleh hadam tentang tabiat selfie ni. Dulu-dulu sebenarnya dah ada benda ni, cuma tidaklah sampai diangkat dan dijadikan trend hingga perkataan selfie itu sendiri berjaya memasuki senarai kosa kata dalam kamus. Huhuhu.

Saya nak minat selfie. Malu.

Pernah cuba beberapa kalu, tapi rasa macam: "Ya ALLAH...Syok sendiri nya lahai aku ni!"

Cumanya semasa saya di Korea, saya buat jugalah. Tapi tak nampak sangat la selfie. Di sana memang terpaksa buat la kan. Sudahlah travel solo, takkanlah nak suruh dan minta orang memanjang kan~
Agak parah, saya pernah jumpa 2 orang kawan saya (kawan jauh laa), yang selfie gambar menangis. Seorang tu perempuan- Menangis dalam bas dalam perjalanan balik ke kampung sebab nenek meninggal. Yang seorang lagi tu, seorang lelaki-- Menangis sebab tengok Kabhi Kubshi Khabi Gham! 
Ketenatan apakah ini? $#^&(#! Hahaha!

Dulu kan pernah ada isu, katanya selfie ni budaya tak bagus sebab boleh membawa kepada tekanan jiwa dan kematian.
Rasanya kalau untuk momen dan kenangan, bolehlah. Tapi jangan sampai berlebih-lebihan kan?
Baik-baik, yop!

Salam sayang,
Dhiya

Super Betul!


Assalamualaikum...

Lelaki vs perempuan, tolong baca ni. Jangan tunjuk-tunjuk kat orang. Tunjuk kat diri sendiri dulu :p
Malangnya 
Ini memang benar 
Tiada hujah lain 
Melainkan yang benar-benar belaka 

We always fight for this stupid things 
Even now 

Couples out there 
Memang macamni ke? 
Ke aku yang mengalami mental disorder? 

Tak nak balik KL!
Salam cinta,
Dhiya

Air oh Air


Bismillah

Semalam rumah mak ni terputus bekalan air lebih dari 24 jam. Dulu sebenarnya lagi teruk- Pernah sampai 5-6 hari. Itu mujurlah duduk di kampung. Ada juga kolah besar buat simpanan. Kalau di bandar--- Masak!
Sejak paip di kawasan kampung ni ditukar, eloklah sedikit. Air pun dah laju. Kalau tak, dulu kan---Biha yang mandi guna shower dan saya yang tengah memasak di dapur pasti akan bergaduh berebut tekanan air!
Tak sempat nak keluarkan paip ni dari kolah. Jadi air tanah tu termasuk sikit ke dalam kolah. Jenuh la askar-askar nak membasuh~
Selepas lebih 24 jam, bekalan air pun disambung semula. Entah apa masalahnya, saya pun tak tahu. Tapi memang tiada sebarang notis.  Malangnya, air yang keluar dari paip-paip seluruh rumah bukanlah air yang bersih. Air bertanah yang dah macam air teh :( Lama juga kami biarkan agar air tanah ni keluar dan cepat digantikan dengan air bersih. Tapi dekat 30 minit juga barulah air bersih keluar. Itupun tak lama selepas tu, keluar balik air teh!
Tengok warna dia. Tak sampai hati nak mandi dengan air macamni.
Sinki dapur. Tangki simpanan dapur kami pula kebetulan tak dibersihkan lagi dengan sampah daun yang gugur. Jadi airnya pun tak boleh dibuat memasak. Terpaksalah guna air tapis yang akak ada ambil dari hospital. :(
Pagi ni, semasa nak memasak---
Air ni pula yang keluar:

Putih terlajak pula dek klorin- Siap berbau lagi.
Ayaq susu pulaaaaaak~!
Air berklorin ni ambil masa lebih dari 30 saat untuk bertukar jernih. Bau pun kuat. Terberhenti sekejap sesi memasak tadi sebab tak gamak nak guna air ni. Huhu.

Ingat tak cerita alergik yang saya alami tu? Ha...itu dah menjadi sejarah. Tapi masih menjadi ketakutan pada saya. Antara sebabnya haritu adalah air. Merana oiii~!

Take care, friends. 
Air ni keperluan, Tapi pastikan ianya bersih dan selamat digunakan :)

Salam sayang
Dhiya

Sabtu


Bismillah

Ya ampun...Awatla malas sangat sejak kebelakangan ni. Kawan-kawan yang rapat boleh kata semua dah tahu yang saya masih di kampung- Tak balik ke KL lagi sejak cuti raya haritu.
Melampau?
Memang.
Lantak. Hahah!

Kerja RA bukan macam kerja dengan Janet dulu- Ada punch card, cuti kena mohon, jawab panggilan telefon sampai tak menang tangan atau attend meeting yang tak ada agenda pun. Hihihi!
Kerja kali ni agak relaks. Iyalah. Nama pun sementara je. Cuti lama-lama, duduk di kampung pun bukan dapat apa melainkan pertambahan berat badan. 
Semalam Prof. sms minta suruh retrieve artikel. Benda boleh selesaikan dari rumah, seboleh-bolehnya saya akan buat di rumah (a.k.a hometown, bukan rumah sewa!). Tak kuasa nak duduk KL yang berselirat tu.

Hari ni, masih di kampung.

Huuu.

Sorgaaaa!

Tapi dalam minggu depan saya perlu balik ke KL kut sebab nak selesaikan hal gaji. (Tang gaji lajuuu je~) Awal bulan depan, saya dah perlu balik ke kampus untuk semester akhir master. Semoga semuanya berjalan dengan baik dan penuh bergaya.

Terbaharu, saya menerima satu tawaran temuduga melalui telefon bawah syarikat TFM. Mujur juga melalui telefon. Kalau tak berdesuplah saya balik ke KL penuh dengan keadaan terpaksa lagi tak bersedia. Doakan, ya. Kalau dapat secure the position at least by end of this year, memang cun sangatlah. Habis belajar, terus dapat kerja. Insya Allah :)
Saya tak mahu balik ke company lama. Walaupun seronok, tapi saya dengar macam-macam yang menyedihkan dari meja pengurusan sejak setahun ni. Ramai staf yang lama dah berhenti dan apabila saya risik-risik puncanya- Semuanya hampir sama dengan saya dan staf yang lain.
Lantak~

Life must go on.
Masalah yang bertimbun-timbun tu kena letak di tepi barang sekejap. Kita berhak untuk menikmati masa kita. Jangan terikat dengan orang lain. Bebaskan diri. Jadilah diri sendiri dalam mengatur pilihan kehidupan :)

Salam sayang,
Dhiya

What is Marriage?


Bismillah

Perkahwinan tu apa sebenarnya?

Ha, nah. Itu jawapannya.
Jangan marah, ya!

Mungkin masa kita geram ke atau apa, kita akan bersetuju dengan kenyataan di atas. Tapi cuba kita kenang, entah apalah kenyataan dari pihak satu lagi terhadap kita semasa mereka sedang marah rasa nak piat telinga kita tu.

Saya faham hidup berumahtangga memang tidak semuanya indah. Tapi kalau kita pilih dan buat keputusan tu atas dasar agama, semestinya Allah akan lorongkan kita jalan yang baik-baik lagi terpelihara.

Sebab tu.
Saya nak sangat ruang dan peluang untuk memperbaiki diri. Banyak lohong kosong dalam diri saya terutamanya dari segi ilmu agama dan sifat keperibadian seorang wanita Muslim. Pengetahuan tu ada, tapi selalu rasa perlukan suasana baik untuk saya betul-betul belajar dan menerima.

Doakan.

Banyak sangat isu dalam hal nikah kahwin sejak kebelakangan ini.

Moga Allah permudahkan :)

Salam sayang,
Dhiya

A Message for Him


Assalamualaikum and hi,

Happy Friday. Get ready for weekend open house! Yeay! Hahaha!

And for those who feel like this:
Just send him this message. But don't worry too much. Men are created to be like that, indeed. Their brain is totally different with ours.
Don't rush. He'll come back to you.

Dhiya

Mr. Engineer's Site


Bismillah...

Ya ampun...
Selama 4 tahun bekerja, inilah satu-satunya gambar yang saya terima.

Mengucap panjang.

Punyalah berserabut!

Memang macamni ke lifestyle engineer? Kalau betullah, saya tak menyesal letak jawatan dan memang tak nak pun jadi engineer! Huhu!

"D, meh sini. Tolong kemas meja saya"
"Tidaaaaak!"

Support Gaza!


Bismillah

Kawan-kawan,
Mari pejam mata, bayangkan sebentar.
Kalau kita berada di tempat mereka.

Sakit.
Teraniaya.
Kasihan, kan?
Kita tidak semestinya perlu menjadi Muslim untuk memperjuangkan Gaza.
Cukuplah menjadi seorang manusia.
Kasihanilah mereka...

Salam sayang untuk Gaza,
Dhiya

Percaya Janji Allah :)


Bismillah

Raya ni, banyak sangat soalan BILA BILA BILA tu sampai naik sakit kepala saya dibuatnya. Macamana saya nak fahamkan manusia di sekeliling saya lagi pun- entahlah. Saya bukan Tuhan untuk saya atur jalan hidup saya sesempurnanya. Memang saya boleh rancang, tapi saya bukan pelaksana.

Setiap kali baca ayat ni, saya terasa macam mendapat tenaga baru. Alhamdulillah. Rasa gembira dengan pujukan Allah yang luar biasa ini.
Doakan saya.

Doakan jodoh yang terbaik untuk saya :)

Salam sayang
Dhiya

Resepi: Kek Chocolate Moist


Bismillah...

Sejak cuti beraya di kampung ni, saya gemar sangat bereksperimen dengan resepi. Mungkin sebab kelengkapan di rumah emak ni sempurna kut. Ada dapur yang best, loyang, besen pemukul semua serba lengkap. Di rumah sewa ni faham-faham sajalah... serba sederhana dan berkongsi pula.

Semalam saya tekad untuk mencuba resepi Kek Chocolate Moist ni. Dah lama sebenarnya nak cuba. Tapi kadang-kadang keyakinan dan motivasi tu yang tak ada. Tapi kebetulan baru-baru ini ahli Group FB RR kegemaran saya tu ada kongsikan resepi mudah untuk buat Kek Chocolate Moist ni. Saya pun apa lagi, gamble lah!

Resepi Kek Chocolate Moist adalah seperti berikut (saya ambil dan ikut betul-betul dari Group FB tu. Terima masih, ya!):
Kaedah tu nanti saya terangkan sedikit. Sebabnya, kalau main campur semua dan terus gaul  mungkin agak susah dan lambat untuk dapatkan adunan sebati. Ni nak ajar ala-ala buat eksperimen Kimia :)
Bahan-bahan yang saya sediakan ikut sukatan. Minyak dan air panas saya gunakan cawan yang sama (cawan yang isi minyak tu)
Mula-mula, pecahkan 4 biji telur dan pukul dengan gula. Pukul sampai kembang dan kita namakan ini sebagai campuran 1

Campuran 2 pula adalah tepung Bluekey

Campuran 3 ni adalah kunci kepada Kek Chocolate Moist kita. Kiranya kalau takda campuran 3 ni, memang eksperiman dikira salah.
Cara-cara nak sediakan campuran 3 ni senang saja:
a- Satukan serbuk coklat dan milo dalam bekas. 
b- Kemudian minyak masak dan kacaulah sehingga sebati.
c- Selang selikan dengan air panas (saya guna air 95 darjah Celsius) dan susu pekat.
d- Kacau dan kacau sampai betul-betul sebati dan nampak smooth
Ok. Sekarang kita dah ada 1, 2 dan 3
Seterusnya, masukkan 1 ke dalam 3. Kacau sampai sebati.
Masukkan pula 2 ke dalam 3 sedikit demi sedikit. Kaaaaaaaaaaaaaaacau sampai sebati, jangan ada tepung yang berketul-ketul.
1+2+3 yang masih tak berapa sebati dan nampak tepung yang berketul-ketul.
Macamana nak buat? Ha...Kacau je sampai adunan betul-betul smooth. Jangan bimbang. Mula-mula memang akan nampak berketu-ketul. Kacau perlahan-lahan. Adunan akan jadi smooth :)
Adunan 1+2+3 tadi dimasukkan ke dalam loyang yang disapu dengan majerin.
Sementara tu, panaskan periuk kukus. Jangan lupa lapik penutup periuk tu dengan kain supaya wap air yang terperangkap tidak jatuh atas kek.
Apabila dah mula berwap, masukkan loyang tadi ke dalam periuk pengukus selama 45 minit. Mengikut pesanan dalam resepi tu, jangan buka-buka tudung periuk tu, sebab nanti takut kek tu merajuk. 
Kalau buka juga?
Entah.
Saya tak cuba pula langgar perintah sebab tak mahu kek saya gagal. Hahahha!
Selepas 45 minit, inilah hasilnya. Puan emak, pegawai QA tengok dan pegang-pegang kek saya. Katanya lembut dan masak ok sebab tak melekat dan senang nak dikeluarkan dari loyang.
Sementara tunggu kek masak dalam tempoh 45 minit tu, bolehlah sediakan topping untuk kek.

Resepi adalah seperti berikut, tapi saya  kurangkan susu pekat dan gantikan dengan gula. Untuk cairkan adunan, saya guna air panas sekali lagi dan sambil tu dikacau atas api perlahan sampai likat.
Topping saya
Sementara kek masih panas tu, saya tuangkan topping tu ke atas kek supaya kek tu boleh serap sikit coklat cair tu :)

Kemaskan, hiaskan dan siap untuk dihidang. Kek Chocolate Moist saya tak sempat nak hias-hias dah. Nabiha sibuk nak potong dan makan. Grrr~!
Kek Chocolate Moist saya. Uuuuuu....Kembang hidung jaaappp!
Ini tekstur dalamnya. Masa makan tu memang rasa kek lah. Mujur tak rasa tepung. So all in all, I can conclude that eksperimen ini berjaya. Boleh bawa ke KL dan hidang pada kawan-kawan dan bawa ke rumah bakal mertua.
Selamat mencuba!
Dhiya