Outstation


Atau nama lainnya bekerja di luar kawasan.

Nah. SSB saya lebur begitu saja. Bukan setakat Sabtu, Ahad pun kena bertugas!
Inilah hakikat kalau dihantar bertugas ke luar kawasan. Sabtu, Ahad, cuti umum, semua kau redah. Masa makan, masa tidur dan masa makan memang bersepah.

Masih ingat ketika mula-mula bekerja dulu, bertugas di luar kawasan bukan antara yang tersenarai dalam job scope saya. Dan saya pun (pada ketika itu) memang tak minat malah tak mahu pun. Sebabnya?

  • Saya memang tak suka travel sebab kena packing barang. Kalau dah mula mengemas tu, rasa macam satu almari perlu dibawa. Padahal nak pergi sehari semalam je pun~ Paling lama pun dua hari satu malam.
  • Walaupun berkereta sendiri, tapi saya bukan orang yang suka berdesup sana sini dengan kereta. Saya tak suka ingat jalan. Risiko tak tahu jalan memang menjadi isu besar.
  • Kalau menaiki kenderaan awam, isu pertama akan menjadi lebih berat. Dah la beg besar macam orang lari dari rumah, suruh pulak naik bas ke JB (contohnya). Heh. Kau nak tengok Dhiya mengamuk?
Tapi, itu semua persepsi saya sewaktu mula-mula bekerja dulu. Tapi sejak bekerja di sini, saya gembira dihantar keluar. Sekitar Lembah Kelang sudah menjadi 'padang mainan' saya. Sesat bukan sekali dua. Cuma yang saya lemah sikit kalau bekerja di sekitar KL ni adalah isu kesesakan lalu lintas. Tambah teruk kalau hujan- tak kiralah lah gerimis atau ribut taufan. Apabila masa saya dicuri di atas jalan raya, jadi perkara lain pun turut tergendala. 

April lepas saya dihantar ke Miri Sarawak. Itu yang paling jauh setakat ni. Julai lepas saya ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi dan kali ini saya ke Awana Genting Highlands Golf & Country Resort. Ogos saya berpeluang ke MAS Hangar KLIA sambil berlari- lari dalam kapal terbang MAS. Bulan lepas meraung naik kren 60 meter di Westports Malaysia. Memang seronok! Semalam saya dengan muka tak malunya bercakap terus dengan bos, saya nak ke CAFEO 31 di Indonesia tahun depan. Nak jugak~
Tapi kan, walaupun tempat-tempat sebegini memang best dan awesome sebab dapat tengok tempat orang secara percuma ditaja, anda di luar sana harus tahu: Keluar bekerja dengan keluar bercuti BANYAK BEZANYA. Banyak sangat!

Macam saya cakap tadi, kita akan punya limitasi untuk diri sendiri. Semuanya terikat dengan program. Bilik Superior Deluxe pun, kalau duduk sorang-sorang, keluar pagi balik malam...Apa nikmatnya? Memang pengorbanan masa adalah pengorbanan terbesar dalam isu ini.

Adik- adik yang baru terjun ke dunia kerjaya (terutamanya dalam bidang kejuruteraan), keluar dari pejabat (site visit/ meeting) adalah biasa. Jadi pastikan kalian tahu hak sebagai pekerja. Sedikit perkongsian berguna atas pengalaman saya sendiri tentang hak ketika bertugas di luar (kalau saya silap tolong betulkan):

- Mileage claim- Semak kadar claim dengan HR anda.
- Tol- pastikan resit sentiasa disimpan!
- Add one day leave / Elaun kerja lebih masa (OT)
- Elaun perjalanan
- Perlindungan insuran
- Loading and transportation charge (kalau kita angkut barang kerja guna kenderaan sendiri)

* Ini semua tertakluk kepada polisi syarikat anda. Sila semak dengan HR atau senior. Tapi berdasarkan pengalaman, ini adalah antara item yang kita berhak ke atasnya. :)

Fuh. Terasa entri kali ini lebih bermakna. Seronok dapat berkongsi tips dan tricks yang mungkin macam biasa-biasa saja, tapi In Shaa Allah semoga dapat dimanfaatkan oleh orang lain.

Saya masih terikat dengan komitmen tugas yang banyak. Tapi pulang dari Awana petang tadi, saya terpaksa pentingkan diri dengan tidur sepuas-puasnya. Esok saya nak mengelat pun tak boleh, sebab ada seminar pada hari Selasa. Saya bukan orang yang suka 'cuci tangan' selagi tugas tak selesai. In Shaa Allah, masih waras dalam menghayati soal tanggungjawab.

11 30 malam, Ahad.
Tanpa rehat, esok saya akan kembali ke pejabat.
Semoga Allah ambil kira ini sebagai ibadat.
Buat bekal balik ke Akhirat.

Salam sayang, 
Dhiya

No comments