28 Disember 2012


Bismillah

Alhamdulillah, Jumaat :)

Minggu ini memang penuh cabaran. Hal kerja sangat memberi tekanan dalam hidup saya buat masa sekarang. Saya tidak faham mengapa favouritism itu perlu wujud. Tapi selepas insiden semalam (yang saya kira paling teruk), saya tekad dengan keputusan itu. Saya tak akan diperbodohkan lagi!

26 Disember- mesyuarat bulanan YES. Yang sangat dikesalkan, senior saya bercuti tanpa notis. Saya tak kisah untuk buat semua kalau dia tinggalkan nota atau pesanan. Tapi masalahnya dia hanya tinggalkan masalah untuk saya!
Mujur, MWS sangat baik dan boleh bertoleransi dengan saya. Terubat juga sedikit hati apabila seorang demi seorang yang datang tunjuk muka dengan buah tangan dari Cambodia. Paling saya suka, shawl sutera berwarna biru-hijau-kelabu lembut dengan 3D handmade card berwarna merah yang sangat comel tu. Aww! Terima kasih ye.. :) Ok tutup cerita.

Akibat insiden semalam juga, hari ini saya mogok besar. Tak pernah hayat saya turun ke mamak bawah, hari ini saya turutkan saja pelawaan kak Ru untuk bersarapan di kedai mamak tu. Memang prinsip kerja saya hari ini adalah 'LANTAK!'

Masuk jam pertama bekerja, saya masih termenung di tempat duduk. Sekali lagi- LANTAK. Saya dikerah teruk pada hari sebelumnya. Tidak cukup keringat, air mata pun turut mengalir. Rasa tidak adil tu memang ada. Sebab tu hari ini saya memilih untuk LANTAK. Mujurlah tidak banyak panggilan dan email berkenaan kerja yang saya terima. Jadi tidaklah rasa macam tak buat kerja sangat~

Tepat jam 5 petang- Saya angkat kaki. Hari ini adalah hari terakhir saya bekerja dalam tahun 2012. Setelah tiap-tiap Sabtu saya bekerja, inilah Sabtu yang saya mahu berehat dan meraikan diri sendiri. Saya tak mahu fikir hal kerja orang lain sedang bebanan kerja saya sendiri pun melangit tinggi. Biarlah orang kata saya berkira, asalkan saya tak dilabel bodoh dan dungu macam keldai kerana hanya mengikut arahan orang lain.

Bas ekspres saya hanya bergerak jam 7 malam Oh! Lama juga saya melepak di Pekeliling tu. Mujurlah ada Elis yang menemani. Kalau tidak, melongo jugalah saya di situ!
Hujan sepanjang perjalanan. Bas pula terasa dipandu laju. Macam melayang-layang. Pemandu berhemah la sangat. Geram pula rasanya. Tapi apabila diselidik, abang ini anak jiran abah. Cis.

Sampai di rumah sudah 10 malam. Penat tau. Tapi tak mengapalah. Demi keluarga. Saya menghabiskan 6 hari seminggu di tempat kerja. Jadi apa salahnya saya pulang ke desa menghadiahi diri dengan ketenangan jiwa. Muak mual menghadap muka manusia yang berlagak hebat tetapi tiada apa-apa, harapnya terubat dengan damai desa.

Malam yang indah. Sejuk yang bukan dari penyaman udara, tetapi dari kekisi tingkap yang menyalurkan angin segar dari luar. Desa ini sungguh mewah. Saya seperti tidak lagi memerlukan Kuala Lumpur itu. 

Salam sayang, 
Dhiya

No comments