Bismillah...
Mari langsaikan hutang.
Berapa banyak momen penting yang gagal saya kongsikan di sini. Seperti biasa, alasannya tidak pernah berubah. Sibuk dan sering berperang dengan masa. Penat pulang dari kerja, saya lebih gembira bermalas-malasan sambil membaca atau mendengar muzik daripada menghadap komputer riba ini. :(
17 November yang lalu, sekali lagi keluarga kecil ini diberi peluang untuk berkongsi rezeki. Kenduri kecil saja, tapi begitulah adatnya di desa. Tiada yang mewah-mewah, tetapi nilai kejiranan sangat terpelihara.Tidak cukup makan di tempat kenduri, ada lagi bungkusan untuk dibawa pulang. Benarlah, hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
Kebetulan ketika saya agak bernasib baik dalam memilih cuti. Maka bercutilah saya sepanjang minggu dengan gembiranya! Wuhu!
Kenduri yang biasa dan sederhana. Semuanya dibuat secara gotong royong. Inilah kampung. Ya, saya anak gadis yang dilahirkan di kampung, berjiwa kampung.
Saya tak minat untuk menulis panjang sekarang, sebab ada banyak gambar untuk dikongsi. Saya tak mahu entri ini meleret-leret antara emosi dan elemen lain. Nak buat luahan perasaan, kita jumpa dalam entri lain~
Gambar:
Saya tak tahu apa nama khusus alat ini. Yang pasti fungsinya adalah seperti di atas. Siapa kata invention kena canggih dan dikenali satu dunia? |
Bila kenduri, manusia paling seronok adalah kanak-kanak. Ah. Kau dulu pun macam tu juga, Dhiya~ |
Gotong royong di bawah pokok durian abah. Masa ni durian tengah lebat dan memang musim gugur. Nasib baik la tak ada insiden cedera dihempap durian! Awww! |
Jiran-jiran yang memenuhi ruang tahlil dan doa selamat |
Majlis simple je. Tak pernah ada protokol. |
Ini tetamu VIP saya. Di saat semua tetamu sudah balik, mereka baru memicit hon kereta di depan rumah. Dek lambat punya pasal, saya jamukan mereka dengan durian sahaja. Buka sendiri pulak tu~. Isk! |
Hey hey! Ini antara rakan baik sekolah menengah rendah saya yang masih berhubung baik. Tolong jangan ganggu mereka. Seorang sudah bersuami, seorang lagi berstatus it's complicated! |
Dan sungguh, saya sedar yang saya boleh kehilangan apa saja. Tetapi bukan agama, famili dah sahabat tercinta. |
Terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus menyempurnakan majlis tersebut. Semoga semua berpuas hati atas rezeki yang dikongsi bersama. :)
Mohon agar makcik-makcik dan sahabat handai doakan saya terus dimurahkan rezeki dan dikentalkan semangat untuk terus berada di kota mega ini (yang entah sampai bila).
Saya masih belum puas menulis. Baru tadi saya bercanda dengan Olin yang saya mahu letak jawatan di syarikat pembuli itu dan menjadi wartawan TV3. Hu! Eh lantaklah. Berangan tak perlu sebarang bayaran!
In Shaa Allah saya akan kembali menulis dan berkongsi lagi!
Salam sayang,
Dhiya
asal la ko dok jauh kat pahang..kalau x aku pun boleh datang
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete