@ One World Hotel :) 27 Nov 2012


Ouh!

Dah nak sebulan tergendala. Betul- betul dah basi!

Semuanya bermula apabila saya dipilih oleh senior untuk membantunya dalam seminar di sana. Haa.. Tak sudahnya, yang nakal dan banyak cakap inilah juga yang diusung keluar :p. Yang dok dipuji sangat tu tak efisyen ye? Muahaha!
Sebenarnya tidak banyak beza pun bekerja di dalam pejabat mahupun di luar pejabat. Tapi yang jelas, seronoknya ialah sebab dapat berjalan dan keluar dari pejabat yang membosankan tu. Selainnya- dapat makan dengan gembira. Ialah~ Buffet hotel, siapa yang nak tolak? (makan je kau, Dhiya!)

Sehari suntuk di sana, terbukalah sikit minda. Dapat jumpa ramai orang, mingle around with great people, dan dapat belajar macamana cara komunikasi mereka. Begitulah sifirnya. Belajar bukan setakat menatap buku. Melihat, berfikir dan implemen juga sebahagian dari proses belajar. Kalau silap, bukan salah seisinya. Kesilapanlah mengajar kita menjadi matang.

Tapi kalau dan lama sangat dalam tempat macamtu, bosanlah juga dibuatnya. Akhirnya saya dan Kak Yan merayap-rayap hingga tembus ke One Utama Shopping Complex! Aaaaa! Tak tahu pulak 'lorong tikus' yang kami lalu untuk mencari tandas dan surau tu boleh sampai ke sana. Hee~
Tapi ok lah. Dapat cuci mata :p 

Tipu la kalau cuci mata je. Siap cuci poket sekali eh~ Ni hasil tuaian pada hari berkenaan. Tak boleh nak pergi jauh-jauh. Rembat mana yang sempat!
Yang seronoknya kalau pergi dengan colleague yang sekepala ni, kita akan jadi berani. Jadi saya dan Kak Yan dengan berani muka tak malunya telah membawa pulang bunga segar yang diletak atas meja pendaftaran tu. Er...Lantaklah. Kalau tak ambil pun mereka akan buang juga :p

Alhamdulillah. Petangnya, dapat pulang awal. Bukan apa, lambat seminit pun boleh jadi gila kalau terperangkap dalam kesesakan lalulintas. Ialah, Malaysia masih belum dapat mengatasi masalah ini sepenuhnya. Mahu tak mahu, kita yang kena lepaskan diri sendiri dulu.

Untuk bos, terima kasih sebab beri peluang untuk saya keluar tengok dunia luar. Ketahuilah bahawa duduk di satu tempat tanpa bergerak ke mana-mana akan membuatkan staf anda tidak efisyen, tertutup, lembap dan dungu. Sebab tu saya cakap awal-awal- Saya nak ke CAFEO 31 di Indonesia tahun depan!

Saya berjanji akan mengekalkan prestasi dan mengurangkan kontroversi.

Salam semangat, 
Dhiya

No comments